Skip to content

YB Kelvin Yii menyerahkan sumbangan dana pejabat sebanyak RM145,009 kepada SK Jalan Ong Tiang Swee bagi menampung kos perbelanjaan yang diperlukan bagi membeli peralatan dan perabot pejabat sekolah tersebut.

Minggu lepas, saya melawat ke SK Jalan Ong Tiang Swee dengan membawa dana peruntukan sebanyak RM145,009 bagi menampung kos perbelanjaan yang diperlukan bagi membeli peralatan dan perabot pejabat sekolah tersebut.

Saya berharap pelajar dan guru mendapat manfaat daripada peruntukan tersebut yang menjadikan suasana persekitan lebih kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pada tahun 2022, saya telah menyalurkan sebanyak RM107,300 untuk projek pembesaran dan naik taraf dewan serbaguna sekolah. Projek ini termasuk menurap semula lantai, membesarkan pentas, naik taraf bilik sistem bunyi, pendawaian kabel eletrik, memasang kipas, menambah baik paip saliran bumbung dan sebagainya.

Selain itu, pejabat saya juga turut membina bumbung bagi menghubungkan laluan antara bangunan pejabat sekkolah dan dewan. Bumbung tersebut juga melindungi pelajar daripada matahari dan hujan sementara menunggu ibu bapa mereka.