Minggu lepas , saya telah menyampaikan peruntukan dana pejabat saya sebanyak RM92,955 kepada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Wan Alwi Tabuan Jaya sebagai sumbangan bagi penambahbaikan kemudahan-kemudahan masjid.
Memandangkan usia masjid yang telah lama beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi memberi keselesaan Jemaah yang datang solat di masjid. Pihak masjid telah mengenal pasti beberapa bahagian perlu naik taraf.
Dengan atas permintaan lembaga masjid, peruntukan dana ini akan digunakan untuk membina pagar masjid serta naik taraf tandas lelaki yang sedia ada.
Awal tahun ini, saya juga telah menyalurkan sumbangan dana sebanyak RM19,250 kepada pihak masjid untuk kegunaan anjuran program-program iaitu Program Ramah Tamah Adil Fitri dan Majlis Korban.
Selain itu, tahun lepas pejabat saya juga telah memperuntukan sebanyak RM123,600 bagi menampung kos pembinaan tandas perempuan untuk memberikan keselesaan kepada jemaah masjid tersebut.Tandas baru ini juga siap bina dan digunakan pada awal tahun ini.