
Kejadian kebakaran paip gas Putra Heights telah memberi ujian yang berat buat mangsa-mangsa yang terlibat sama ada secara harta benda mahupun mental. Pelbagai pihak telah menghulurkan tangan memberi bantuan yang sebaiknya kepada mangsa.
Pihak Parti Tindakan Demokratik (DAP) juga telah memainkan peranan untuk membantu. Atas permintaan beberapa individu dan penyokong yang mahu memyumbang seikhlas hati di atas kepercayaan kepada parti tersebut, maka sebuah tabung dana bantuan untuk mangsa kebakaran Putra Heights telah dilancarkan secara atas talian bermula 2 April hingga 9 April 2025.
Setakat 8 April 2025 jam 4 petang, sejumlah RM883,134 telah berjaya dikutip dari individu-individu yang bersolidariti dengan para mangsa.
Namun begitu, ada pihak yang sentiasa menjadi “mata lalat” yang mahu mencari sesuatu yang busuk dan kotor. Dikala ramai pihak menghulur bantuan, mereka mengecam dan membuat fitnah mengenai tabung bantuan ini.
Setiausaha Agung DAP, Sdr Anthony Loke telah memberi jawapan balas terhadap kecaman ini.
“Kita membantu sebab pelbagai pihak, seperti yang saya katakan, kerajaan ada tanggungjawab kerajaan untuk bantu. Syarikat swasta ada syarikat swasta nak bantu. Kita juga ada ramai penyokong minta, tanya macam mana dia nak membantu.
Bukan setiap orang ada keupayaan macam Berjaya (syarikat), dia boleh bagi kepada semua. Ada yang mungkin nak menderma RM50, nak menderma RM100, dia nak menderma macam mana? “
Jadi, jelas di sini pembukaan tabung bantuan ini adalah atas permintaan ramai dan pihak DAP memudahkan cara untuk mereka menyalurkan bantuan.
“Jadi kalau syarikat-syarikat besar yang mampu, mereka terus bagi kepada mangsa. Tetapi ada orang perseorangan yang mungkin mereka nak berbuat sesuatu, tetapi mereka (nak derma) dalam jumlah yang lebih kecil.
Jadi takkanlah dia datang nak bagi RM5, RM10 seorang. Dia nak kumpulkan dengan kita. Itu sebabnya mereka minta kita buka tabung dan kita memudahkan orang ramai.
Jadi bagi orang yang kecam itu, saya dah beritahu mereka ni, dosa besar. Kalau nak kecam orang nak bantu mangsa bencana ni, satu dosa yang besar.”
Untuk rekod, pihak DAP telah mengambil langkah proaktif membuka tabung bantuan untuk disalurkan kepada para mangsa kebakaran di Putra Heights. Manakala kalau dikenang semula, ada sebuah parti pernah buka tabung atas nama “derma jihad” untuk bantu Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr. Siti Mastura yang kalah saman fitnah terhadap tiga pemimpin DAP. Bukan sedikit, tetapi lebih RM800,000 dikutip untuk seorang individu sahaja.