Tadbir urus yang baik

KECEKAPAN, KEBERTANGGUNGJAWABAN DAN KETELUSAN DALAM KERAJAAN UNTUK MEREALISASIKAN POTENSI SOSIAL DAN EKONOMI MALAYSIA SEPENUHNYA

Kunci kepada pembangunan Malaysia dalam dekad akan datang adalah bergantung kepada keupayaan kita untuk mencipta dasar ekonomi dan sosial yang kukuh berdasarkan tanggungjawab, ketelusan dan keadilan di semua peringkat sektor awam.

Tadbir urus emah di Malaysia telah mewujudkan sistem yang membolehkan ahli politik korup bertindak sewenang-wenangnya serta melakukan penyelewengan sumber awam yang sedia terhad. Sedangkan ini sepatutnya boleh digunakan untuk pendidikan, penjagaan kesihatan, infrastruktur dan pembangunan.

Untuk Malaysia menjadi sebuah negara bertaraf antarabangsa, kita memerlukan pemimpin yang bukan sahaja menghormati kedaulatan undang-undang, tetapi juga akan memperjuangkan pelaksanaan undang-undang secara sama rata kepada semua. DAP komited untuk mengutamakan tadbir urus baik bagi melindungi hak asasi manusia, menghapuskan rasuah, dan memastikan pentadbiran berjalan lancar serta cekap.

“Kita mesti membersihkan Malaysia daripada rasuah, penyelewengan dan kleptokrasi. Pada masa yang sama memacu pertumbuhan ekonomi mampan supaya manfaatnya dinikmati semua, bukan hanya mereka yang berkuasa.”

Lim Kit Siang,
Bekas Setiausaha Agung DAP

Share this

NIlai Lain