Taja guru tunai umrah, Steven Sim zahir penghargaan buat Cikgu Zaniyah

whatsapp image 2023 10 02 at 12.37.47 pm

Sebagai tanda penghargaan kepada segala usaha dan penat lelah mengajar dan membentuk generasi hadapan, Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim menaja salah seorang guru sekolah rendahnya, Cikgu Zaniyah dan suami, Pak Johari untuk menunaikan umrah.

“Februari lalu, saya janji nak taja guru darjah satu saya, Cikgu Zaniyah dan suaminya, Pak Johari untuk menunaikan umrah.

“Kini, penantian lapan bulan untuk ke Tanah Suci Mekah berakhir.”

“Mohon cikgu halalkan segala ilmu yang diajarkan dan doakan Steven diberikan kekuatan menggalas tanggungjawab berat sebagai wakil rakyat,” tulisnya dalam satu hantaran Facebook.

Dengan menggunakan dana peribadi tanpa melibatkan peruntukan kerajaan, Seteven mahu menghargai jasa insan yang merupakan guru pertama dalam hidupnya.

Bukan itu sahaja, Steven malah membuat kejutan apabila muncul awal-awal pagi di lapangan terbang untuk menghantar Cikgu Zaniyah.

“Bangun sebelum Subuh, pergi lapangan terbang beri kejutan kat Cikgu Zaniyah. Cikgu tak tahu saya akan datang ke lapangan terbang untuk menghantar mereka, saya tak maklum sebab nak bagi kejutan.

“Kelesuan bangkit tidur jam 4 pagi hilang apabila saya tengok senyuman syahdu pada wajah cikgu dan Pak Johari,” ujarnya.

Cikgu Zaniyah merupakan guru kelas Steven ketika menuntut di Sekolah Kebangsaan (SK) Stowell, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Hasrat untuk menaja guru dan suaminya untuk menunaikan umrah itu timbul selepas Cikgu Zaniyah menyatakan niat untuk berbuat demikian.

Februari lalu, dalam satu hantaran di Facebook, Steven menghadiahkan senaskhah Al-Quran bersempena persaraan Cikgu Zaniyah.

Recommended Posts