Tambang feri Pulau Pinang: Diskaun 30 peratus untuk penunggang motosikal

whatsapp image 2023 09 12 at 3.03.36 pm

Bermula hari ini, perkhidmatan feri Pulau Pinang iaitu Penang Port Sdn Bhd (PPSB) menawarkan diskaun tambang sebanyak 30 peratus bagi penunggang motosikal.

PPSB berkata, diskaun itu akan disediakan sehingga 30 Jun tahun depan dan pihaknya percaya inisiatif khas tersebut akan memberikan kemudahan kepada pengguna perkhidmatan feri.

“Menerusi diskaun ini, penunggang motosikal hanya perlu membayar RM105 (RM1.75 setiap perjalanan) berbanding harga asal iaitu RM150 (RM2.50 setiap perjalanan).

“Diskaun pas musim ini boleh didapati menerusi MyKad,” katanya seperti dipetik Utusan.

Menurut PPSB, pihaknya sentiasa memantau komen dan kebimbangan orang ramai berhubung perkhidmatan feri Pulau Pinang.

“Input anda sangat berharga bagi kami dan kami komited untuk menangani keperluan anda dan memastikan pengalaman perjalanan yang lancar untuk semua.

“Sebagai tindak balas kepada maklum balas yang diterima, PPSB dengan pengesahan bersama Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC), Kementerian Pengangkutan (MOT), dan MMC Corporation Berhad (MMC) menawarkan diskaun khas ini untuk kemudahan pengguna,” katanya.

Tambahnya, PPSB, PPC, MOT dan MMC memahami kepentingan menambah baik perkhidmatan feri dengan mod pengangkutan lain di Pulau Pinang.

Inilah buktinya Kerajaan Perpaduan sangat mengambil berat kesejahteraan hidup rakyat dengan memastikan rakyat dapat menggunakan perkhidmatan awam dalam keadaan terbaik dengan tambang yang paling berpatutan.

Recommended Posts