Tarik balik makluman kenaikan 40-70% bayaran premium insurans perubatan tahun depan

470202135 1144402500389838 2971118175170891737 n

Keabsahan dan kesahihan pemberitahuan kepada pemegang polisi oleh syarikat insurans hayat mengenai kenaikan premium insurans perubatan sebanyak 40-70% tahun depan dipersoalkan berikutan penafian tegas oleh Bank Negara mengenai sebarang kelulusan kenaikan tersebut. Gabenor Bank Negara sendiri, dalam taklimat kepada Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan pada 10 Disember di Parlimen, telah menegaskan bahawa tiada kelulusan yang diberikan kepada syarikat insurans hayat.

Sebaliknya, Bank Negara hanya akan membuat keputusan mengenai kenaikan 40-70% dalam premium insurans perubatan menjelang akhir bulan ini.

Penafian oleh Bank Negara ini bercanggah dengan kenyataan oleh syarikat insurans hayat bahawa mereka boleh mengeluarkan surat makluman sedemikian kepada pemegang polisi kerana kelulusan awal untuk mengeluarkan notis kenaikan premium 40-70% telah pun diperoleh daripada Bank Negara. Oleh itu, syarikat insurans hayat harus menunjukkan bukti bahawa mereka sememangnya telah mendapat kelulusan seperti itu daripada Bank Negara atau melakukan perkara yang betul dengan menarik semula makluman kenaikan 40-70% dalam premium insurans perubatan tahun depan.

Lim Guan Eng
Ahli Parlimen Bagan

Recommended Posts