Teo Nie Ching wanita pertama terajui DAP Johor

462194517 852752206968101 6706642066744605662 n

DAP Johor telah mencatat sejarah baru apabila Sdri Teo Nie Ching dilantik sebagai Pengerusi untuk menerajui kepimpinan parti negeri itu.

Nie Ching yang juga merupakan Ketua Wanita DAP Malaysia, menjadi wanita pertama yang dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor, sekali gus membuktikan komitmen parti terhadap kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita dalam arena politik.

“Sebagai Ketua Wanita DAP, saya juga berbangga untuk menyatakan bahawa daripada 20 anggota Jawatankuasa DAP Johor, seramai sembilan daripadanya adalah wanita, mewakili 45 peratus daripada jawatankuasa negeri.

“Ini adalah representasi wanita yang tertinggi antara semua Jawatankuasa Negeri DAP di seluruh negara,” jelasnya.

Dalam pemilihan yang sama, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi diangkat sebagai Timbalan Pengerusi DAP Johor, dan ini menunjukkan bahawa DAP Johor terus memberi pengiktirafan dan kepercayaan terhadap kepimpinan wanita.

Nie Ching turut berterima kasih kepada barisan kepimpinan terdahulu, khususnya kepada Sdr Liew Chin Tong yang telah mengabdikan satu dekad kariernya untuk mengukuhkan dan memimpin DAP Johor.

Recommended Posts