Terbukti kenyataan Ahli Parlimen PN, Siti Mastura adalah fitnah!

469263868 1131111255046396 8092632918893785411 n

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan kenyataan Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad, yang mengaitkan veteran dan pemimpin DAP iaitu Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta Teresa Kok mempunyai pertalian dengan komunis, sebagai fitnah dan tidak disokong bukti.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Quay Chew Soon, dalam keputusan
penghakiman penuh mendapati Siti Mastura bertindak dengan niat jahat, dan pembelaan terhadap beliau berdasarkan alasan komen adil adalah tidak dapat diterima.

Justeru, mahkamah mengarahkannya untuk membayar ganti rugi berjumlah RM750,000 kepada ketiga-tiga pemimpin DAP tersebut, iaitu RM300,000 kepada Kit Siang, RM250,000 kepada Guan Eng, dan RM200,000 kepada Teresa Kok, selain menetapkan RM25,000 dibayar kepada setiap plantif sebagai kos guaman.

Recommended Posts