Tesla jadi bukti keyakinan pelabur terhadap kestabilan Kerajaan Madani

613d926b 83e1 436c 8057 ab64538c656a 2048x1152

Masihkah anda ingat pada pertengahan Jun lalu, sesi temuduga Tesla diserbu ribuan orang yang bersesak-sesak mencari peluang pekerjaan dengan syarikat gergasi kereta elektrik terbabit.

Syarikat milik Elon Musk terbabit terlebih dahulu telah mengumumkan akan membuka sebuah ibu pejabat serantau di Selangor. Perkara itu kemudiannya disahkan pada Julai, rentetan daripada pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Elon sendiri.

Hasil perbincangan terbabit menyaksikan Tesla memilih Malaysia sebagai induk serantaunya, meski sebelum ini dirayu hebat oleh Indonesia.

Menurut laporan, perancangan syarikat terbabit merupakan suatu respons kepada dasar-dasar berpandangan jauh yang telah dirangka oleh kerajaan Madani pimpinan Anwar.

Laporan media turut menyatakan bahawa Tesla memilih Malaysia kerana kita mempunyai kelebihan berbanding Indonesia, selain bersikap lebih terbuka dengan permintaan syarikat tersebut.

Malaysia sudah sekian lama mempunyai pengalaman dalam industri automotif. Kerajaan malah baru-baru ini melancarkan inisiatif Peneraju Global Battery Electric Vehicle (BEV) bagi menarik minat pengusaha kenderaan elektrik.

Sejak 2018, Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) telah meluluskan sejumlah 58 projek kenderaan elektrik berjumlah RM26 bilion (AS$5.8 bilion) termasuk kilang pemasangan, pembuat alat ganti dan komponen pengecas bateri.

Pengumuman Tesla untuk menubuhkan ibu pejabat serantau perusahaan kereta elektriknya di Malaysia tentu sekali akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, selain memberi kesan ekonomi yang amat baik kepada negara.

Kejayaan Anwar dan kerajaan Madani pimpinan beliau untuk membentuk persefahaman bersama Tesla dan Elon Musk adalah pencapaian yang sebenarnya mengkagumkan. Ia justeru membuktikan keseriusan PMX terhadap perubahan ekonomi negara. Presiden Indonesia, Joko Widodo pun kalah.

Keyakinan Tesla untuk bertapak di Malaysia adalah bukti bagi menunjukkan bagaimana pelabur asing akan mempunyai keyakinan tinggi apabila sesebuah kerajaan mempunyai kepimpinan yang kuat serta stabil, selain berpandangan jauh.

Cuba kita bandingkan keadaan ini dengan situasi huru hara politik sejak Langkah Sheraton dan keadaan ekonomi negara di bawah kerajaan Perikatan Nasional.

Kerajaan PN bukan sahaja gagal membawa masuk pelaburan signifikan malah menjadi punca kepada kepada bencana ekonomi yang membawa kesan jangka panjang terhadap rakyat sehingga hari ini; termasuklah mereka yang jatuh muflis, mengalami penyusutan simpanan KWSP, dibuang kerja, perniagaan gulung tikar dan sebagainya.

Menjelang 12 Ogos ini, rakyat Malaysia di keenam-enam negeri yang bakal mengundi harus mempunyai visi dan pendirian yang jelas: mahu terus menyaksikan pergolakan politik atau mahu meneruskan kehidupan dalam keadaan politik yang stabil dan ekonomi yang makmur?

Recommended Posts