Pihak universiti dah ambil tindakan serta-merta untuk menutup kedai yang kononnya menimbulkan isu dan siasatan telah mula dijalankan.
Mungkin tak faham bahasa atau tak skrol berita tersebut sehingga ingatkan diri sendiri adalah hero segala-galanya dan beria-ria nak wujudkan isu untuk tunjukkan kewujudan sendiri dengan menularkan isu tersebut.
DAPSY tidak pernah membela sebarang entiti yang mencuba untuk menggugat keharmonian masyarakat.
Sekiranya ada pihak yang salah dari segi undang-undang, maka entiti tersebut haruslah berdepannya.
Tak pernah ada kalangan daripada DAPSY yang menyokong peniaga yang menipu dengan label halal, peniaga yang menipu harus diambil tindakan oleh pihak berkuasa dengan berlandaskan undang-undang.
Sebagai yang berpendidikan dan faham bahasa, haruslah memahami bahawa wajib tunggu siasatan untuk selesai dijalankan, bukannya berlagak hero dan nak berperanan sebagai penguatkuasa, hormatilah kedaulatan undang-undang.
Semua warganegara hidup di tanah air ini dengan bangsa, agama dan budaya yang heterogen, masing-masing ada sensitiviti dan ada isu yang hendak diketengahkan, namun jangan sesekali cuba untuk mengambil alih peranan agensi atau penguatkuasa, biarlah JAKIM dan sebagainya untuk menjawab secara profesional untuk sifarkan kegusaran.
Kalau tak faham lagi bahasa mudah sedemikian, lebih baik jangan gelar diri sendiri sebagai pembela bangsa, patutnya bekerja sebagai penguatkuasa untuk serbu setiap kilang pembuat ham.
Ketua DAPSY Malaysia
YB Woo Kah Leong