Tindakan perwakilan Pemuda PAS Mohd Sharif Mohd Azhari, seperti yang dilaporkan media, yang mengaitkan DAP dengan tragedi yang berlaku adalah melampaui batas.
Tidak patut mana-mana pihak ambil kesempatan ke atas tragedi lubang benam, atau mana-mana tragedi atau musibah, untuk menyerang seteru politik mereka.
Sebagai ahli politik muda, sepatutnya perwakilan tersebut membawa politik baharu untuk bersaing dengan sihat dan memainkan peranan semak dan imbang terhadap Kerajaan.
Malangnya, PAS sekali kali membuktikan bahawa mereka masih terperangkap dengan polemik dan retorik politik lapuk dan melampau.
Syahredzan Johan
Ahli Parlimen Bangi