Tindakan Pemimpin PAS Pusat Pertahan Kenyataan Rasis Ustaz Zaharudin Bukti PAS Tak Hargai Jasa Bukan Melayu

whatsapp image 2025 06 30 at 17.57.17

1.⁠ ⁠Semalam, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki telah menyalahkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam kontroversi kenyataan rasis YDP PAS Sungai Buloh, Ustaz Zaharudin Muhammad, yang mempersoalkan kenaikan pangkat Datuk Johnny Lim Eng Seng dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

2.⁠ ⁠Dalam mempertahankan Ustaz Zaharudin, Dr Zuhdi mendakwa bahawa DAP telah ‘mencipta kontroversi’ dan ‘memainkan sensitiviti’ daam isu ini. Ini suatu dakwaan yang langsung tidak masuk akal, dan suatu percubaan menutup kesalahan pemimpin PAS itu sendiri.

3.⁠ ⁠Dalam semua kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP termasuk saya sendiri, kami mengecam Ustaz Zaharudin yang telah membangkitkan polemik kaum dalam kenaikan pangkat Datuk Johnny. Kenyataan-kenyataan kami adalah untuk mempertahankan ATM dan juga merit seorang anak Malaysia yang diberi penghormatan dalam ATM.

4.⁠ ⁠Apabila Dr Zuhdi memperkecilkan ‘dosa’ Ustsz Zaharudin, tindakan ini telah mendedahkan wajah sebenar PAS iaitu mereka tidak menghargai jasa dan pengorbanan bukan Melayu dalam negara ini. Isu pokok kontroversi ini adalah tindakan seorang pemimpan PAS membawa polemik kaum dalam penghormatan yang diberikan kepada seorang Leftenan Jeneral ATM berbangsa Cina.

5.⁠ ⁠Saya ingin mengingatkan PAS bahawa orang bukan Melayu telah menumpahkan darah, keringat dan air mata untuk tanah air kita, bersama-sama dengan orang Melayu. Kedudukan dan hak orang bukan Melayu dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, dan PAS tidak berhak mempertikaikan perkara ini.

6.⁠ ⁠Sudah-sudahlah membawa politik perpecahan dan kebencian. Tinggalkan politik lapuk seperti ini, terimalah hakikat Malaysia tanah air kita bersama.

Syahredzan Johan

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP

Ahli Parlimen Bangi

Recommended Posts