Tolak Politik Keji & Jijik

473794141 1021706246668669 2488191121548955862 n

Pagi ini, saya telah dihubungi sdr Sheikh Omar Ali berkenaan dengan kenyataan media saya yang direka dan “diubahsuai” mengikut kehendak politik puak ekstremis.

Dalam kenyataan media tersebut yang direka, telah wujud fitnah bahawa DAPSY menuduh roti sandwich yang dijual dalam KK Mart adalah inti babi, malah DAPSY juga ditohmah bahawa telah mendakwa pemimpin UMNO masuk kelab malam untuk minum arak.

Sebagai ketua DAPSY Kebangsaan, ingin saya tegaskan bahawa kesemua tuduhan di atas adalah TIDAK BENAR sekali dan berniat untuk menyebarkan fitnah yang tidak berasas sesekalipun kepada pimpinan DAP & DAPSY dan malah berniat untuk merosakkan kerajaan perpaduan.

Saya telah mengarahkan pasukan khidmat DAP untuk membuat laporan polis.

Saya seru semua yang berselindung di belakang segala tindakan keji & jijik ini untuk melawan retorik & hujah politik dengan terbuka dan bukannya menggunakan cara membuat fitnah sedemikian yang pastinya dilarang oleh setiap agama.

DAPSY terus berpegang teguh kepada prinsip berani kerana benar dan tidak akan berganjak sedikit pun dan akan terus bersuara demi masyarakat majmuk negara kita untuk mempertahankan perpaduan dalam kepelbagaian.

Sekiranya ada pihak yang gentar dengan hujah DAPSY sehingga kena “ubahsuai” kenyataan media, maknanya pihak tersebut memang mengakui bahawa mereka tidak mampu melawan hujah DAPSY dengan hujah dan menunjukkan ketakutan puak sedemikian dalam berdepan dengan fakta sebenar.

Dalam pada itu, DAPSY juga menyeru Ketua Pemuda UMNO untuk membantu dalam memperkukuhkan jentera kerajaan perpaduan dan berhenti daripada menyerang menteri-menteri kerajaan perpaduan demi kepentingan politik sendiri.

“Sebagai ahli politik yang bertanggungjawab, haruslah kita semua akur dengan kedaulatan undang-undang dengan mengiktiraf peranan KPDN, JAKIM dan sebagainya dalam bidang masing-masing dengan tidak mengambil peranan mereka. Percayalah fungsi & peranan agensi dan bukannya mempergunakan mereka demi tujuan politik.”

Ketua DAPSY Malaysia
YB Woo Kah Leong

Recommended Posts