Traktor Bagasi Elektrik Kurangkan Pelepasan CO2 Lebih 50%

462691100 1092833892207466 7456825220925627230 n

Dianggarkan, sebanyak 1,029 tan pelepasan karbon dioksida (CO2) dapat dikurangkan setiap tahun melalui penggunaan Traktor Bagasi Elektrik GTR! Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengambil peluang menguji traktor elektrik itu di Asia Digital Engineering (ADE) MRO Hangar di KLIA.👏🏻👏🏻👏🏻

Dengan ini, sebanyak 119 traktor berkuasa diesel sedia ada yang digunakan di lapangan terbang seluruh negara bakal digantikan dengan 60 buah Traktor Bagasi Elektrik GTR ini, dalam tempoh 18 bulan akan datang. Selain penggunaan traktor yang telah diuji senyap, selesa, dan sangat cekap, inisiatif ini merupakan langkah penting ke arah mencapai matlamat kelestarian penerbangan negara kita.✈️✈️✈️

Diteraju penyedia perkhidmatan darat penerbangan utama di Malaysia, Ground Team Red Sdn Bhd (GTR) menandakan langkah yang lebih meluas ke arah amalan lebih hijau dalam sektor penerbangan. Sdr Anthony Loke juga berharap agar kesemua pihak dalam industri yang sama dapat mengambil inspirasi dari projek tersebut.💡💡💡

Recommended Posts