Ulasan mengenai kerahsiaan sumber kewartawanan

21760804 8189 4606 8372 5b3ab4fdab49

Saya setuju dengan kenyataan media yang diterbitkan oleh Geramm-NUJM hari ini.

Kerahsiaan sumber adalah salah satu tonggak penting dalam kewartawanan. Wartawan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi kerahsiaan sumber yang dirujuk dalam laporan mereka.

Kerahsiaan ini amat penting supaya media dapat melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai semak dan imbang terhadap Kerajaan. Ia adalah sebahagian daripada kod etika kewartawanan seluruh dunia.

Malahan, badan Kehakiman juga telah mengiktiraf hak untuk melindungi kerahsiaan sumber dalam beberapa kes, walaupun hak tersebut tidak mutlak.

Tidak dinafikan bahawa terdapatnya keperluan supaya pengamal media bertanggungjawab terhadap apa yang mereka terbitkan, tetapi hak untuk melindungi kerahsiaan sumber itu tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.

Adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak menggunakan peruntukan undang-undang jenayah untuk memaksa atau mendesak wartawan untuk mendedahkan sumber mereka.

gucqgoox0aalkit

gucqgn4xkaaw6kr

Saya menggesa supaya semua pihak, termasuk PDRM dan Kerajaan, untuk mendukung hak wartawan dan menghormati peranan media dalam negara kita.

Syahredzan Johan
Ahli Parlimen Bangi
8 Ogos 2024

Recommended Posts