UMNO diseru menghormati keputusan mahkamah dan jangan memainkan isu tentang buku komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Merah Manfaat Bersama”

20200116cm16

Kenyataan dari anggota Majlis Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi, dan Pemuda UMNO, YB Akmal Saleh yang meminta kerajaan untuk menyekat semula buku komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Merah Manfaat Bersama” yang diterbitkan oleh bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau menunjukkan mereka tidak menghormati keputusan mahkamah dan menyekat kebebasan bersuara.

Semua pihak perlu melupakan prejudis lalu dan terus melihat ke hadapan. Buat masa ini, misi utama adalah berkenaan kepentingan rakyat, serta memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi.

komik inisiatif jalur dan jalan merah fb 211019 1

Mahkamah telah mengeluarkan penghakiman penuh yang jelas menyatakan bahawa buku tersebut tidak mengandungi kandungan hasutan seperti yang didakwa dalam akuan bersumpah Menteri Dalam Negeri.

Hakim juga berpendapat bahawa ketidakpuasan hati seseorang atau kumpulan tidak boleh menyekat kebebasan bersuara seseorang. Walaupun Menteri Dalam Negeri tidak bersetuju dengan kandungan buku tersebut, termasuk tafsiran Hew Kuan Yau terhadap sejarah, pandangan dunianya, serta pandangannya mengenai isu semasa, terutama komik ” Inisaitif Jalur dan Jalan Merah Manfaat Bersama” China dan isu Xinjiang. Itu tidak cukup untuk menjadikannya sebagai buku terlarang.

26puad

Pada Julai 2022, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa buku tersebut tidak sepatutnya diklasifikasikan sebagai buku terlarang, manakala pada Disember 2022, Mahkamah Persekutuan juga menolak permohonan rayuan Kementerian Dalam Negeri dan mengarahkan Hew Kuan Yau untuk memohon pampasan daripada kerajaan.

Apabila Kementerian Dalam Negeri menghormati dan melaksanakan keputusan mahkamah, ia secara tidak langsung mempertahankan hak asasi rakyat Malaysia, terutamanya hak kebebasan bersuara dan penerbitan.

Keputusan ini mencerminkan pendirian tegas badan kehakiman negara terhadap kebebasan bersuara dan penerbitan.

Puad dan Akmal Saleh harus menghormati kebebasan kehakiman dan keputusan mahkamah, bukannya terus menyeru kerajaan melanggar perintah mahkamah, dan cuba untuk kembali kepada pemikiran kerajaan autoritarian.

Kita harus meninggalkan cara pemikiran lama yang penuh dengan perpecahan dan ketakutan, dan memandang sejarah dari sudut yang lebih terbuka dan rasional.

Pembangunan negara perlu dibina atas asas inklusiviti, keterbukaan, dan kedaulatan undang-undang. Ia adalah untuk memastikan Malaysia bergerak ke arah demokrasi dan keterbukaan, bukannya dengan menindas pendapat berbeza untuk mengekalkan kuasa.

Teresa Kok

Recommended Posts