UMNO tidak sepatutnya menimbulkan sentimen negatif terhadap cadangan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam isu Permohonan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO

336272365 882128569524770 7076589032260688970 n
Ahli Parlimen Raub DAP Chow Yu Hui berkata UMNO tidak sepatutnya menimbulkan sentimen negatif terhadap cadangan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam isu Permohonan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Tuduhan UMNO bahawa permohonan ini akan menggugat kedudukan bumiputera adalah tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
Chow Yu Hui menggesa Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh, supaya memohon maaf kepada Nga Kor Ming. Majlis Tertinggi UMNO juga perlu bertindak terhadap Akmal Saleh kerana kenyataannya mengenai tawaran ‘pembelajaran sejarah’ kepada Nga telah merosakkan hubungan kerjasama antara UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.
Menurut Chow, tapak warisan UNESCO adalah tempat-tempat yang diiktiraf oleh UNESCO dan dilindungi oleh negara-negara sedunia. Beliau mempersoalkan pemimpin-pemimpin UMNO bahawa Georgetown di Pulau Pinang dan Melaka telahpun disenaraikan sebagai Tapak UNESCO, tetapi adakah hak istimewa bumiputera dan hubungan antara kaum di kawasan ini terjejas?
Tambahan pula, tidak lupa juga Nga Kor Ming juga menyambut baik cadangan untuk memohon kampung Melayu yang memenuhi syarat sebagai Tapak UNESCO, supaya menunjukkan semangat kepelbagaian Malaysia. Justeru, dakwaan UMNO adalah tidak berasas sekali.
Chow menyatakan bahawa Kampung Baru Cina mempunyai sejarah berpuluh-puluh tahun di Malaysia dan mempunyai keunikan dan keindahan yang tersendiri. Permohonan untuk menjadikannya sebagai Tapak UNESCO akan melindungi warisan budaya dan bangunan bersejarah serta memajukan industri pelancongan.
“Pemimpin UMNO tidak sepatutnya menjadikan semakin konservatif seperti Perikatan Nasional, tindakan demikian tidak akan dapat menarik golongan pengundi yang menyokong agenda PN, maka akan menyebabkan kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu terhadap UMNO. Tidak wajar lupa bahawa pengundi di Kampung Baru Cina telah memberikan sokongan sebanyak 95% kepada UMNO dan menyumbang kepada kemenangan UMNO dalam pilihan raya kecil DUN Pelangai pada tahun lepas.”
Chow menekan bahawa cadangan ini tidak akan menjadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak UNESCO secara automatik, kerana permohonan ini akan diteliti oleh UNESCO. Jika permohonan ini diluluskan, ia membuktikan nilai sejarah yang penting dan UMNO tidak perlu menentangnya dengan keras.

Akhirnya, Chow Yu Hui menekankan sekali lagi kepentingan nilai kepelbagaian sebagai arah utama Kerajaan Madani dan menyeru agar UMNO mengelak daripada politik perkauman.

Recommended Posts