Undi kepada Sdr Syed Hussien Syed Abdullah adalah…

460033451 1069087221240048 4921030642157625793 n

Kerajaan Perpaduan ditubuhkan atas titah nasihat Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah tiada gabungan parti mendapat majoriti mutlak dalam pilihan raya umum 2022. Berkat kebijaksanaan Seri Paduka serta sokongan rakyat, Kerajaan Perpaduan telah berjaya memimpin Malaysia dengan baik. Kejayaan ini perlu dikekalkan demi kepentingan rakyat dan kestabilan negara.

Sejak pemerintahan Kerajaan Perpaduan, ekonomi negara semakin pulih. Kini Malaysia berpeluang untuk mencapai lonjakan ekonomi kedua (setelah kecemerlangan dicapai melalui lonjakan pertama pada 1988-1997) dengan Johor sebagai enjin penjana kemakmuran ini. Bangsa Johor, termasuk warga Kluang, bakal merasai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara.

Kawasan Greater Johor Bahru bakal menjadi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura. Tentu hasil kejayaan ekonominya akan turut melimpah ke Kluang yang bakal memberi peluang kemakmuran dan kesejahteraan warga Kluang, termasuk anda yang menetap di Mahkota.

Tahun depan pula, perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke Johor Bahru yang berhenti di Kluang akan diperkenalkan, diikuti dengan perkhidmatan Komuter Kluang-Johor Bahru. Perjalanan ETS dari Kluang ke Johor Bahru/Singapura akan mengambil masa sejam sahaja manakala ke Kuala Lumpur hanya dua jam sahaja. Penjimatan masa ini akan memberi faedah kepada kita semua.

Sokongan anda kepada Kerajaan Perpaduan amat penting bagi memastikan usaha membina negara dapat diteruskan. Hasil kejayaan ekonomi negara bukan sahaja dapat anda nikmati pada masa yang terdekat ini tetapi juga bakal dirasai generasi akan datang.

#MahkotaKita

LIEW CHIN TONG
Pengerusi DAP Johor
Ahli Parlimen Iskandar Puteri

Recommended Posts