UNDI TAK PERCAYA vs ‘TEBUK ATAP’ : MANA SATU LEBIH ‘COOL’?

461107263 1051025969728716 5617138438288942751 n

1. Saya faham dari kenyataan balas Timbalan Presiden PAS semalam – bahawa cabaran PMX Anwar Ibrahim kepada pembangkang untuk membawa usul tidak percaya ke atasnya pada sidang Parlimen akan datang – beliau anggap sebagai tidak ‘cool’.

2. Bagi saya, pendekatan dicadang Anwar itu adalah pendekatan paling ‘cool’ dilakukan oleh seorang Perdana Menteri. Ianya paling ‘gentleman’ dan berperlembagaan.

3. Yang paling tidak ‘cool’ itu adalah seperti dilakukan oleh Presiden PAS – Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau sendiri mengaku menjadi individu yang memulakan langkah menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan sepertimana dilaporkan pada Oktober 2022 dulu.
Rujuk https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/10/1015442/hadi-mengaku-gerakkan-langkah-sheraton-calonkan-muhyiddin-sebagai-pm

4. Macam budak kecil bergaduh, bila tak berani hendak berdepan, dia pakat ikut pintu belakang untuk jatuhkan lawannya. Orang kata, ‘tabuk atap’. Pada saya ini cara yang selekeh dan tidak ‘cool’.

5. Lebih naif lagi, Presiden sendiri mengaku dirinya sebagai individu yang memulakan langkah menjatuh kerajaan. Bagaimana Timbalan Presiden sendiri tak tahu apa-apa? Ikut membuta tuli?

6. Semalam Ust Tuan Ibrahim nyatakan; “Tak ada rancang pun. Kami pun tak tahu. Tiba-tiba Tun Mahathir letak jawatan, kabinet pun tumbang, tukar kerajaan.”
Rujuk https://m.malaysiakini.com/news/720173

7. Jadi sekarang saya nak tanya semula pada Ust Tuan Ibrahim Tuan Man; adakah tindakan Presidennya – yang menjadi watak utama menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan sepertimana diberitahu Oktober 2022 – itu ‘cool’ atau tidak ‘cool’?

SHEIKH UMAR BAGHARIB BIN ALI
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP
Naib Pengerusi DAP Johor

Recommended Posts