Usaha pemulihan ekonomi dan pengagihan kekayaan fokus utama Belanjawan 2025

463930220 1085819839574822 6293157404563750641 n

Selesai pembentangan Belanjawan 2025 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM421 bilion oleh PMX sebentar tadi.

Dapat saya simpulkan bahawa Belanjawan 2025 dengan tema “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat” atau “振兴经济,推动改革,造福人民” menumpukan usaha kepada pemulihan ekonomi, serta memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil dan saksama.

Ini dapat dilihat menerusi penyasaran subsidi yang akan diteruskan pada tahun hadapan, namun 85% rakyat masih kekal menikmatinya. Ini juga menunjukkan Kerajaan Madani mengambil berat akan isu hutang negara dengan jumlah hutang baharu semakin menurun daripada RM100 bilion pada 2022 kepada anggaran RM85 bilion pada 2024.

Dalam masa yang sama Kerajaan turut mengambil langkah menangani isu kos sara hidup rakyat dengan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM 13 bilion.

463866641 1085819849574821 5342714861233412834 n

Belanjawan 2025 ini juga menunjukkan komitmen #KerajaanMadani dalam memastikan pendapatan bermaruah buat para pekerja melalui kenaikan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 berkuat kuasa Februari 2025, selain berusaha mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

463785806 1085819866241486 2229572539136444965 n

Saya turut berpendapat #Belanjawan2025 ini positif dan mencakupi semua lapisan masyarakat. Semoga Belanjawan MADANI Ketiga 2025 ini mampu memastikan kestabilan ekonomi rakyat dan negara dengan lebih baik.

Teo Nie Ching
Timbalan Menteri Komunikasi

Recommended Posts