Wakil-wakil rakyat DAP pantas menjenguk kawasan dan menyantuni mangsa-mangsa bencana banjir buruk yang melanda negara baru-baru ini.
Antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri Canning yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Perak, Jenny Choy telah bertindak proaktif dengan turun ke kawasannya di Taman Fairfield yang dilanda banjir termenung. Bencana banjir itu dikatakan pertama kali melanda di taman perumahan tersebut, jadi tindakan yang laju harus dilakukan untuk membantu mangsa-mangsa yang mungkin tidak jangkakan perkara itu akan berlaku.
Saudari Jenny Choy bersama Saudara Goh See Hua, Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji telah hadir di lokasi bersama pasukan Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Datuk Bandar dan ahli-ahli majlis yang berkaitan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri di Kedah pula, Saudara Teh Swee Leong telah hadir menjenguk dan membantu pembersihan di kawasan-kawasan perumahan yang dilanda banjir. Beliau berkata situasi yang melanda Alor Setar, Kedah adalah amat membimbangkan.
“Dari pagi dan petang tadi, saya telah membuat rondaan di kawasan yang sentiasa dilanda banjir dan turun ke Jalan Lumpur dan Tambang Badak untuk menyantuni keadaan mangsa banjir.
Antara mangsa yang ditemui ialah seorang warga emas berusia 86 tahun yang katilnya juga tercelup dalam air”
Beliau mengakhiri ucapannya di Facebook dengan mendoakan agar semua mangsa-mangsa dikurniakan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini.
Akhir sekali, wakil Ahli Dewan Undangan Negeri Perling, Saudara Ammar Arifin telah turun ke lapangan sejak minggu lepas lagi meninjau keadaan paras air yang semakin tinggi tatkala hujan yang tidak berhenti. Ada yang sampai banjir kilat di kawasan seperti Kampung Pasir dan Kampung Seri Serdang.
Beliau berkata yang banjir kilat yang telah berlaku berpunca daripada taburan hujan yang tinggi di Johor, lantas menyebabkan pam air sedia ada tidak dapat mengepam keluar air dalam kawasan kampung secara efisien. Namun, Pejabat ADUN Perling telah memohon bantuan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) untuk menepatkan pam air tambahan di kampung yang terlibat dalam kawasan banjir, sementara menunggu perolehan pam air baru. Begitulah pusat-pusat khidmat di kawasan DAP yang pantas bertindak untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir.
Mana-mana sahaja banjir melanda, parti DAP akan terus membantu dan menghulurkan bantuan demi kesejahteraan dan keselamatan mangsa-mangsa yang terlibat. Semoga semua urusan pemindahan dan pembersihan dipermudahkan.