
Sekitar Malam Bersama Media anjuran Wanita DAP yang berlangsung di Hotel Moxy, Putrajaya semalam.
Majlis ini dianjurkan bagi meraikan ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampung dan wakil-wakil parti yang terdiri daripada golongan wanita serta mengiktiraf jasa mereka dalam kepimpinan tempatan.
Ketua Wanita DAP, Sdri Teo Nie Ching berkata, majlis itu bukan sekadar untuk menghargai sumbangan pihak media, tetapi juga bagi memperkenalkan pemimpin wanita yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran peringkat akar umbi.
Dalam ucapannya juga, beliau sempat mengetengahkan pembentangan Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia yang dibentangkan hari ini di Parlimen di bawah Kementerian Komunikasi. Dalam RUU tersebut, antara perkara yang bakal mencipta sejarah ialah pengukuhan kedudukan wanita yang menetapkan bahawa setiap kategori ahli Lembaga mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang wakil wanita. Bukan itu sahaja, kedudukan Sabah dan Sarawak juga diperkukuhkan melalui RUU tersebut yang menetapkan bahawa setiap kategori ahli harus merangkumi sekurang-kurangnya seorang wakil dari Sabah atau Sarawak.
Ini merupakan bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuhkan bukan sahaja kebebasan media tetapi kedudukan golongan wanita, Sabah dan Sarawak.