YB Jagdeep Singh Deo diberi kelulusan cuti selama 11 hari: Tiada perbincangan tentang pertukaran jawatan

452631592 1269498037865050 5855116473383138616 n

Timbalan Ketua Menteri II Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat (YB) Jagdeep Singh Deo telah berjumpa dengan saya pada 19 Julai 2024 bagi mengemukakan surat permohonan cuti untuk kelulusan saya.

Sebagaimana penjelasan beliau, tujuan permohonan cuti yang dimohon adalah untuk membolehkannya menjalani pemeriksaan dan berkemungkinan memerlukan prosedur pembedahan pada kaki kiri yang memperuntukkan kepakaran serta pemeriksaan lanjut daripada pakar perubatan pada kadar secepat mungkin.

Setelah mempertimbangkan penjelasan serta tujuan permohonan cuti YB Jagdeep Singh Deo, saya telah memberi kelulusan cuti selama 11 hari bekerja bermula 22 Julai sehingga 5 Ogos 2024 sebagaimana dimohon oleh beliau.

Saya dimaklumkan bahawa YB Jagdeep Singh Deo sudah mula menerima rawatan yang diperlukan pada 22 Julai 2024.
Berhubung spekulasi bahawa akan berlakunya pertukaran jawatan yang disandang beliau kini, ia tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

Dengan ini, saya dan juga seluruh jentera barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendoakan supaya YB Jagdeep Singh Deo cepat sembuh dan kembali bersama-sama meneruskan agenda pembangunan negeri Pulau Pinang demi kepentingan seluruh rakyat Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

YAB CHOW KON YEOW
KETUA MENTERI PULAU PINANG

Recommended Posts