Prosiding Mahkamah Kes Rasuah Lim Guan Eng Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Pada 14.11.2024 Berhubung Dengan Pemeriksaan Balas Zarul Ahmad Mohd Zulkifli Oleh Peguam Bela Haijan Omar, RSN Rayer, Tiara Katrina Fuad dan Asyraf Abu Bakar.
_______
Zarul Mengaku Beliau Sedar Tindakannya Adalah Salah, Namun Tetap Membayar Rasuah Berjumlah RM 19 Juta Kepada Gnanaraja Untuk Menutup Siasatan Dan Pembekuan Akaun Banknya Oleh SPRM.
_______
Mahkamah Sesyen KL meneruskan pemeriksaan balas terhadap Zarul di dalam perbicaraan utama oleh pihak peguam bela. Haijan bermula dengan merujuk kepada syarikat Special Purpose Vehicle (SPV) Bumi Muhibbah Sdn Bhd yang ditubuhkan untuk membuat pembayaran rasuah kepada Lim Guan Eng.
Walau bagaimanapun, SPV tidak pernah digunakan sebagai perantara untuk membayar Lim Guan Eng tetapi untuk membayar Gnanaraja. Zarul mengakui bahawa dia tahu adalah satu tindakan yang salah untuk membayar wang rasuah tersebut. Walaupun begitu, Zarul tetap membayar Gnanaraja RM 19 juta sebagai wang rasuah bagi menghentikan siasatan dan pembekuan akaun banknya oleh SPRM.
Untuk mengumpul RM 19 juta dalam masa yang singkat, Zarul terpaksa meminjam RM15 juta, ditambah dengan wang tunai di tangan yang berjumlah RM4 juta. Zarul telahpun membuat pembayaran pada Ogos 2017. Tiada sebarang rekod perbualan antara Zarul dan Gnanaraja membayar wang rasuah kepada Lim Guan Eng ketika itu.
Zarul turut mengakui beliau ada membuat kenyataan umum menafikan membuat pembayaran kepada Lim Guan Eng malah pernah memaklumkan hal yang sama kepada seorang Menteri UMNO, Rahman Dahlan. Zarul mengakui pejabatnya telah diserbu oleh LHDN pada 19 Ogos 2017 dan mengulas bahawa Rahman tidak pernah berputus asa. Serbuan oleh agensi penguatkuasaan berterusan biarpun pembayaran sehingga RM17 juta wang rasuah telah selesai dibayar kepada Gnanaraja untuk menutup siasatan.
Zarul juga mengakui bahawa beliau, melalui mesej Whatsapp pada 26 Julai 2017 mendedahkan semasa kes Mahkamah Sesyen Shah Alam di mana dia menegaskan tidak pernah ada sebarang dana yang dikumpulkan oleh beliau sendiri sebagai wang rasuah kepada Lim Guan Eng. Zarul turut mengakui bahawa beliau telah berkata bahawa dakwaan adanya dana seperti itu adalah satu rekaan dan pembohongan yang berniat jahat. Zarul juga pernah berkata bahawa dia sanggup bersumpah di masjid.
Mahkamah kemudiannya menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan Zarul menjalani ujian jangkitan influenza.