Kerajaan Madani Angkat Peranan Seni Dalam Pendidikan, Peruntukan Khas RM70,000 Untuk Sekolah Seni Malaysia Perak

whatsapp image 2025 07 17 at 11.14.14 am
Dalam kerancakan negara mengejar kemajuan teknologi dan sains, kita kadangkala terlupa bahawa pendidikan tidak bermula dan berakhir di makmal atau bilik darjah sahaja. Pendidikan ialah sebuah ekosistem menyeluruh dan seni adalah sebahagian daripadanya.
Malaysia tidak ketandusan bakat dalam bidang seni. Dari pentas teater hingga ke irama gamelan, dari seni lukis ke tarian tradisional, anak-anak kita membuktikan bahawa kreativiti dan ekspresi juga adalah kecemerlangan yang perlu diraikan dan disokong.
Kerajaan Madani jelas memahami hakikat ini. Lawatan kerja Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh ke Sekolah Seni Malaysia Perak baru-baru ini adalah contoh terbaik bagaimana kerajaan bukan sahaja hadir untuk melihat, tetapi untuk bertindak.
Apa yang lebih penting, tindakan itu bukan simbolik. Ia datang bersama penyelesaian konkrit termasuk tambahan peruntukan khas kepada sekolah tersebut. Seperti yang disebut oleh Wong Kah Woh sendiri:
“Kerajaan Madani ini apa tau? Janji RM50,000 kita bagi RM70,000… Saya tengok pembentangan dari Tuan Pengetua saya ingat RM50,000 ada sikit tak berapa cukup. So saya tambah sikit lagi khas untuk Sekolah Seni Malaysia Perak RM70,000. Kita tambah RM20,000.”
Peruntukan tambahan adalah satu nilai amat besar bagi pelajar-pelajar yang bergantung kepada kemudahan yang baik untuk mengasah bakat mereka.
Kementerian Pendidikan di bawah Kerajaan Madani turut menunjukkan komitmen untuk terus turun padang. Lawatan ke lima sekolah di Sungai Siput termasuk SMK Shing Chung, SJKC Sungai Buloh, SK Kampung Kenang dan SJKT Ladang Dovenby membuktikan pendekatan slogan “Pendidikan Manusiawi” oleh KPM bukan sekadar slogan, ia diterjemahkan melalui pemantauan, dialog dan tindakan segera.
Ini wajah baharu pendidikan. Ia lebih adil, lebih dekat, dan lebih peka terhadap keperluan sebenar. Seni bukan sekadar hiburan. Seni adalah bahasa jiwa, saluran ekspresi dan medium perpaduan.

Recommended Posts