Penganalisis Kritik Keras Kabinet Bayangan Muhyiddin Yassin Sebagai Separuh Masak

kabinet bayangan pn tidak cukup sifat 1536x922

Dalam demokrasi parlimen yang matang, kabinet bayangan merupakan salah satu ciri-ciri yang perlu ada. Ini kerana kerajaan boleh runtuh pada bila-bila masa dengan kehilangan keyakinan ahli Parlimen. Tanggungjawab kabinet bayangan ini adalah untuk meneliti dasar dan tindakan kerajaan, serta menawarkan dasar alternatif.

Seperti yang kita tahu, Perikatan Nasional (PN) telah mengumumkan barisan kabinet bayangan mereka pada sidang media selepas penutupan Pemukiman Ahli Parlimen PN. Pelbagai reaksi telah diberikan terhadap barisan kabinet bayangan ini sama ada dari orang ramai, penganalisis mahupun gerakan masyarakat sivil.

Kritikan keras telah diberikan oleh Penganalisis Politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub yang mengakatakan bahawa kabinet bayangan ini tidak cukup sifat dan separuh masak. Beliau juga mempersoalkan ketiadaan wakil kaum Cina dan India. Manakala kekurangan wakil Sabah dan Sarawak dengan hanya satu portfolio meskipun 29 portfolio diwujudkan.

“Kedudukan wanita bagaimana pula, berbanding dengan Kerajaan Perpaduan yang melantik lima wanita sertai kabinet, namun, kabinet bayangan hanya tiga wakil wanita.” Katanya lagi.

Dengan Ketua Ahli Parlimen PN iaitu Muhyiddin Yassin, tidak menggambarkan sebarang pembaharuan daripada pihak pembangkang. Ini kerana telah terbukti sebelum ini beliau adalah Perdana Menteri yang terkenal dengan gelaran kerajaan gagal sehingga rakyat terpaksa mengangkat bendera putih untuk memohon bantuan makanan.

Manakala Timbalan Ketua Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Abdul Hadi Awang yang pernah dilantik sebagai Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri yang tidak menunjukkan sebarang sumbangan signifikan kepada kerajaan ketika itu.

Sebelum ini pernah didedahkan di parlimen bahawa Duta Khas yang dilantik tiada perjalanan rasmi ke luar negara walaupun menerima emolumen atau gaji seperti kemudahan lain dari kerajaan.

Seperti yang kita tahu, kerajaan di bawah kepimpinan Muhyiddin Yassin dahulu telah melantik barisan menteri dan timbalan menteri yang agak ramai walaupun sewaktu negara sedang berdepan ancaman COVID-19. Jadi, tidak tekejut jika kabinet bayangan ini menggantikan kerajaan, ia hanya akan membawa negara kebelakang dari segi ekonomi dan kestabilan politik.

Recommended Posts

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment