Guan Eng akan bertemu Dr Asri jelaskan hakikat DAP martabat Islam

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim menegaskan bahawa DAP menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara. Penegasan itu dibuat pemimpin DAP berkenaan bagi menjawab kenyataan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyentuh mengenai Islam dan DAP.   “Saya telah menghubungi Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd […]

Reformasi di tangan babi

Siapa sangka begitu banyak pengajaran yang boleh dikutip dengan menonton sebuah pementasan teater tentang sekawan babi yang berideologi. Arakian demikianlah yang berlaku lewat malam Jumaat lalu, usai menonton teater Kandang. Naskhah ini dipentaskan semula pada era Malaysia Baharu, setelah berdepan sedikit kontroversi pada era Malaysia Lama, ketika ia pertama kali muncul. Diarahkan Omar Ali, anak […]

Perjawatan bekas kakitangan SPAD berdasarkan kekosongan, kelayakan – MOT

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ingin menarik perhatian mengenai satu perkongsian dan luahan perasaan dua orang bekas kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di media sosial yang mendakwa mereka telah menjadi mangsa penganiayaan ekoran penawaran gred jawatan yang lebih rendah serta tidak setimpal dengan jawatan dan kelayakan akademik mereka sebelum ini. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ingin […]

Suntikan dana RM6.23 bilion: Bukti tekad kerajaan PH pulihkan FELDA

Pembentangan Kertas Putih “Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)” di Parlimen semalam membuktikan komitmen dan tekad kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memulihkan agensi berkenaan ke tahap yang lebih baik. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa membentangkan kertas putih tersebut memaklumkan bahawa kerajaan akan menyuntik dana sebanyak RM6.23 bilion untuk […]

Nga Kor Ming mesra Islam, sayang budaya Melayu

Begitu banyak salah faham yang timbul berhubung perkataan “taliban” yang dirujuk Nga Kor Ming bagi mengambarkan kebimbangan beliau terhadap peningkatan fahaman ekstremisme dan sikap fanatik melulu sesetengah pengikut dan pemimpin parti politik di negara ini. Dalam wawancara bersama Roketkini baru-baru ini, Ahli Parlimen Teluk Intan itu menjelaskan, kebimbangan itu terzahir daripada sikap UMNO dan PAS […]

UMNO, PAS sebar fitnah untuk raih undi orang Melayu, kata Mat Sabu

Presiden Amanah, Mohamad Sabu tampil menjawab tohmahan yang dilemparkan pembangkang terhadap PH sehingga menimbulkan kebimbangan orang Melayu dalam dalam satu ceramah di Seremban, semalam. Menurut beliau, sentimen perkauman yang dimainkan UMNO dan PAS adalah sekadar untuk meraih undi orang Melayu dengan membuat tuduhan bahawa Pakatan Harapan (PH) kononnya dikuasai pemimpin DAP. Beliau dipetik sebagai berkata […]

Najib minta tangguh lagi perbicaraan kes SRC: Apa mahu takut?

Rakyat tentu kesal dan kecewa dengan sikap tidak konsisten bekas Perdana Menteri, Najib Razak dalam berdepan perbicaraan kesnya di mahkamah. Apa tidaknya, sehari sebelum Najib menunjukkan “taring” mahu perbicaraan kesnya di mahkamah disiarkan secara langsung di saluran televisyen tempatan, tiba-tiba semalam beliau memfailkan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan tersebut yang sepatutnya dilangsungkan esok (Rabu). Bagi Ahli […]

Pilihan raya tempatan: Kembalikan hak kami!

“Taxation without Representation is tyranny – James Otis” Pilihan raya tempatan adalah suatu proses pilihan raya bagi memilih pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal perbandaran di kawasan yang telah ditetapkan. Pihak berkuasa tempatan atau dikenali sebagai PBT adalah kerajaan peringkat ketiga selepas kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. PBT dikategorikan kepada tiga status iaitu […]

Nie Ching puji usaha universiti awam angkat martabat Sasterawan Negara

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menyambut baik usaha universiti awam dalam mengangkat martabat tokoh sasterawan di negara ini. Beliau berkata demikian mengulas keputusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melantik Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said sebagai Sasterawan Universiti. “UPSI dan UniSZA telah melantik Pak Samad sebagai Sasterawan Di […]

‘Perkahwinan’ UMNO-PAS: Titik hitam aspirasi penyokong PAS

Dari Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ke Semenyih, dengan tirai pesta demokrasi bakal dibuka lagi bagi kerusi DUN Rantau di Negeri Sembilan. Apa-apa pun, kita menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Ramli Mohd Nor dan Yang Berhormat Zakaria Hanafi. Semoga amanah rakyat ini akan dihargai dengan perkhidmatan yang bernas serta bermakna kepada rakyat. Namun, […]

Kenaikan gaji: Fokus utama setelah 20 tahun tidak berubah

Tahun lepas, sebuah video tular semasa Pilihan Raya Umum ke-14 yang menonjolkan Syed Saddiq, yang kini menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan. Klip tersebut menceritakan kehidupan kerja ayah beliau, Syed Abdul Rahman Abdullah Al-Sagoff di Singapura. Syed Abdul Rahman yang tinggal di Johor Bharu, perlu bangun seawal 4.30 pagi dan pulang ke rumah pada jam […]

Tiga sebab mengapa perlu undi calon PH di Semenyih

Terdapat tiga sebab mengapa pengundi di Semenyih harus memilih calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali pada Sabtu, 2 Mac, 2019. Bekas Menteri UMNO mempersoalkan pelantikan Menteri Kewangan, Peguam Negara dan Ketua Hakim dari kalangan pemimpin bukan Melayu dan bukan Islam dalam satu ceramah, semalam. Kenyataan tersebut jelas berbaur ekstrimis, bertentangan dengan semangat Perlembagaan Malaysia serta […]