Hannah Yeoh salur peruntukan RM13,300 baik pulih papan tanda masjid

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyalurkan peruntukan sebanyak RM13,300 kepada pihak Masjid Al-Hidayah dekat Kampung Sungai Penchala. Ia bagi membaiki papan tanda yang rosak akibat ribut kencang yang melanda kawasan kampung tersebut pada 7 Mei lalu. “Pihak pengurusan masjid telah memohon kepada pejabat Ahli Parlimen Segambut bagi membantu membaiki kerosakan papan tanda masjid. “Hannah Yeoh, […]

Lepas isu RM90 juta disiasat, PAS ‘minta nyawa’ pada PM?

Selepas episod Nik Mohamad Abduh Nik Mat kantoi berbohong sehingga membawa kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap PAS berhubung dana RM90 juta daripada UMNO, PAS kini mencipta pula drama dan naratif pembohongan baru.  Semua ini dilakukan PAS semata-mata untuk menyelamatkan tembolok mereka selepas habis semua pekung pecah. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi […]

Pemuda PAS keanak-anakan, lemah mantiq – Edry Faizal

Tindakan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi adalah keanak-anakan dan menunjukkan kelemahan mantiq, apabila dia menyuruh agar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertanya sendiri kepada Tun Mahathir selepas Lim Guan Eng meminta Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengemukakan bukti wujudnya dua parti komponen Pakatan Harapan yang akan membentangkan undi tidak […]

UMNO yang khianati Felda, buat apa salahkan DAP – Azmin Ali

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali membidas pihak yang mendakwa DAP mengkhianati Felda. Katanya seperti dipetik media, pihak yang sebenar-benarnya mengkhianati orang Melayu dan Felda adalah UMNO yang menyebabkan agensi itu bankrap. Beliau turut menegaskan bahawa Pakatan Harapan mendukung usaha yang dipelopori Tun Abdul Razak itu untuk mengangkat ekonomi orang Melayu menerusi Felda. […]

Kerana terdesak, Nik Abduh kata ‘ayah pun pernah berbohong’

Bukan susah dijangka sangat langkah orang terdesak. Terdesak mahu membuang air di stesen minyak misalnya, sehingga lupa memberi lampu isyarat dan memandu secara berbahaya. Begitu juga dengan seorang pemimpin PAS yang cukup dikasihi pengikutnya, apatah lagi beliau adalah anak kepada tokoh parti itu yang sememangnya disanjungi kawan dan lawan semasa hayatnya. Baru-baru ini pekung mengenainya […]

Ana tahu kekecewaan pengikut PAS

Pengikut PAS tentunya kecewa dengan pengakuan Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, semalam. Masakan tidak, setelah sekian lama berjuang dan wala mempertahankan pemimpin, malah memaki DAP dengan pelbagai cacian, mereka akhirnya terpaksa tunduk malu dengan pengakuan pemimpinnya sendiri. Takiyuddin semalam mengaku bahawa suara dalam audio isu PAS menerima wang daripada rakan sekutunya, UMNO adalah milik Nik Mohamad […]

Bantah pelantikan Sheikh Omar, PAS amal politik sempit

Reaksi Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah terhadap pelantikan Sdr Sheikh Omar Ali sebagai anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) amat menghairankan. Beliau dilaporkan berkata, “Walaupun Adun itu (Sheikh Omar) beragama Islam, isunya beliau dari DAP. Dalam perlembagaan DAP, mereka mempertahankan negara sekular dan banyak menentang agenda Islam.” Pendirian sedemikian […]

Kit Siang seru pengundi luar Cameron Highlands pulang mengundi esok

Tidak ada seorang pun penganalisis politik yang meramalkan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands esok. Malah, setakat tengah hari menjelang hari pengundian esok, Barisan Nasional dilihat mempunyai kelebihan untuk menang PRK Cameron Highlands, kecuali jika pengundi yang berada di luar kawasan pulang beramai-ramai untuk mengundi Pakatan Harapan. Najib nampaknya begitu pintar dan […]

Setpol Kit Siang bantah penahanan pemimpin UMNO ikut Akta Hasutan

Peguam Syahredzan Johan membantah penahan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Adam mengikut Akta Hasutan. Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang itu, ada banyak akta lain boleh digunakan terhadap Lokman. “Sekiranya benar Lokman Adam ditahan polis di bawah Akta Hasutan, saya bantah penahanan beliau bawah Akta drakonian ini. “Ada banyak Akta […]

Dua Kolonel Bersara RAMD serah borang sertai DAP

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang hari ini menerima kunjungan dua pesara profesional kerajaan, Ahmad Ghazali Abu Hassan dan Mohamad Azudin Othman Fuad di Ibu Pejabat DAP dekat Kuala Lumpur. Mereka masing-masing adalah Lt Kolonel Bersara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan ditauliahkan pada 1974.  Pertemuan hampir sejam tersebut antara lain membincangkan isu seputar politik […]

Jangan ikut cara BN dalam soal pemberian kontrak, kata Hannah Yeoh

Pakatan Harapan (PH) harus dilihat berbeza daripada Barisan Nasional (BN) dalam soal pemberian kontrak kerajaan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh. Bercakap kepada pemberita selepas hadir pada majlis lawatan kerja bertemu NGO Gelandangan di Anjung Singgah Kuala Lumpur, semalam, katanya, sebarang permohonan kontrak kerajaan perlu melalui proses tender terbuka. “Kita sokong […]

Jangan biar politik wang kuasai PH

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago tampil menyatakan sokongan terhadap Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendapat tentangan akar umbi dari partinya ekoran lantang menentang cadangan pemberian kontrak kepada ketua bahagian bagi tujuan politik. Charles turut menggesa kepimpinan Pakatan Harapan menyokong Menteri Belia dan Sukan itu dalam mesyuarat yang diadakan mereka hari ini […]