Pemuda Umno bacul, hilang ‘roh’ Melayu

Kononnya, mahu mengelak berulangnya insiden seorang aktivis menurunkan bendera dengan imej Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno yang pernah terjadi pada Disember 2011. Kononnya, mereka diprovokasi dengan pelbagai sepanduk yang dirasakan sebagai biadap sehingga menyebabkan kejadian tolak-menolak antara kedua-dua kumpulan sehingga terpaksa membabitkan campur tangan pihak polis. Kononnya, Exco Pemuda Umno, Datuk […]

Kerajaan gagal laksana deklarasi UNDRIP pertahan hak Orang Asal – Jannie Lasimbang

KOTA KINABALU: Kerajaan gagal melaksanakan Deklarasi Hak Orang Asal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDRIP) sebagaimana yang disetujui sebelum ini kata Ketua Wanita DAP Sabah, Jannie Lasimbang. Menurutnya, tahun 2017 merupakan tahun ke-10 deklarasi itu disokong kerajaan Malaysia melalui pengundian dalam persidangan antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2007. UNDRIP merupakan undang-undang antarabangsa yang melindungi hak Orang […]

SUPP-BN diminta jangan politikkan isu rabies

KUCHING, 31 JUL: Parti komponen Barisan Nasional (BN)-SUPP diminta agar tidak mempolitikkan penularan rabies di Sarawak sebaliknya perlu segera mengambil tindakan bersepadu membendung wabak itu. Gesaan ini dibuat Pembantu Khas, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Abdul Aziz Isa dalam satu kenyatan selepas menghadiri sesi penerangan anjuran Jabatan Kesihatan dan Persatuan Vertinari Sarawak di masjid Al-Abyad, Matang […]

Keganasan rumah tangga meningkat apabila wanita dianggap objek

KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Malaysia sedang berhadapan dengan senario peningkatan keganasan terhadap wanita saban tahun khususnya bagi mereka yang sudah berumah tangga. Berdasarkan statistik Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) yang didedahkan di Parlimen sesi lalu, sebanyak 62,670 kes keganasan rumahtangga dilaporkan dari tahun 2000 sehingga Januari 2017 dengan anggaran 3,800 kes setahun bersamaan 323 kes sebulan. […]

Malaysia perlu aktif bantu selesaikan konflik Israel-Palestin – HARAPAN

KUALA LUMPUR, 26 JUL: Pakatan Harapan (HARAPAN) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel menutup Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis yang dilihat jelas mencabul hak umat Islam untuk melaksanakan ibadat. HARAPAN dalam kenyataan hari ini berkata, tindakan rejim berkenaan adalah bertentangan dan mencabuli Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dan Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966 […]

Kerajaan perlu serius tangani keganasan rumah tangga

Terima kasih Tuan Speaker diatas peluang Batu Kawan untuk membahas satu Rang Undang-undang yang amat penting yang akan membawa perubahan yang signifikan kepada perlindungan yang diberikan oleh badan kerajaan kepada mangsa-mangsa keganasan rumahtangga. Namun, saya terkilan setelah mendapati pindaan kepada rang undang-undang Akta Keganasan Rumahtangga yang sepatutnya dibahaskan dalam sidang yang lepas telah ditangguh ke […]

Datuk Seri A Samad Said: Sasterawan rakyat bersenjata pena dan puisi

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Sasterawan Negara Dato’ Seri A. Samad Said di atas penganugerahan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri oleh Tuang Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Penganugerahan ini adalah satu simbol pengiktirafan kepada beliau, atas khidmat bakti yang telah […]

Ambil iktibar dari Sri Lanka, sebelum setuju buat projek mega

Nazir Razak seperti dilaporkan The Edge menggesa agar kerajaan meneliti inisiatif Jalur dan Laluan (One Belt, One Road) oleh China, khususnya projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) pada persidangan meja bulat “China’s Belt and Road Initative in ASEAN: Economic Opportunities and ASEAN Centrality”. Kami telah berkali-kali menyuarakan kebimbangan mengenai ECRL tetapi tidak diendahkan. Sekarang, Nazir […]

Peneroka Felda sokong HARAPAN, UMNO boleh berhenti berangan

PETALING JAYA, 20 JULAI: Jika dahulu program pembangkang seolah-olah dipandang sepi peneroka Felda, kini suasana itu telah jauh berubah apabila semakin ramai masyarakat peneroka berani tampil memeriahkan majlis yang dianjurkan. Realiti ini jelas menggambarkan kekuatan UMNO yang sering dilihat dominan di kawasan-kawasan Felda selama ini semakin goyah meskipun dimenangi parti itu sebelum ini. “Saya nak […]

Najib terdesak guna RCI forex lawan Tun Dr Mahathir menjelang PRU14

PUTRAJAYA, 19 JUL: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian pertukaran mata wang asing (forex) Bank Negara hanyalah alat yang digunakan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menentang ‘bos’ lamanya, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, tempoh tiga bulan yang diberikan kepada RCI untuk melengkapkan siasatannya memperkuatkan lagi dakwaan […]

Peguam Negara dicabar tunjuk bukti aliran ‘derma’ RM2.6 bilion

KUALA LUMPUR, 18 JUL: Tan Sri Mohamed Apandi Ali dicabar untuk mendedahkan aliran tunai RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membuktikan bahawa ia benar-benar adalah derma seperti yang didakwanya. Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata, peguam negara itu perlu mengeluarkan laporan lengkap berhubung pemindahan dana […]

Johor: Medan Pertarungan Paling Sengit PRU14

Johor yang dihujani pelbagai aktiviti hujung minggu kali ini memberi gambaran jelas bahawa negeri paling selatan tanah air ini bakal menjadi medan pertarungan paling sengit antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional menjelang PRU ke-14. Di pihak Pakatan Harapan, menerusi anjuran NGO ANAK, Tun Mahathir Mohamad telah diundang menyampaikan ucapan dekat Kota Tinggi pada 15 Julai […]