Pemimpin UMNO resah gelisah lihat Mahathir ketuai HARAPAN

MENTAKAB, 17 JULAI: Pemimpin UMNO semakin tidak dapat menyorokkan keresahan mereka terhadap struktur organisasi Pakatan Harapan (HARAPAN) yang mengangkat mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi gabungan tersebut. Terbaru adalah kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin yang mendakwa barisan kepimpinan HARAPAN sebagai ‘tidak jelas’ dan kononnya hanya menguntungkan DAP. Menganggap kenyataan Khairy itu […]

Kenapa Salleh Keruak mengelupur dengan muafakat kepimpinan HARAPAN?

KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Kenyataan menteri UMNO, Datuk Seri Salleh Keruak kononnya DAP telah dipinggirkan dari saf kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) cukup untuk menggambarkan parti itu gelisah dan bimbang dengan perkembangan mutakhir ini. Salleh seperti dilapor media mempersoal ketiadaan wakil DAP di peringkat tertinggi HARAPAN selain meremehkan keupayaan gabungan parti yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir […]

Pakatan Harapan tampilkan logo dan struktur organisasi, siap hadapi PRU-14

PETALING JAYA, 14 JUL: Kesepakatan antara parti komponen Pakatan Harapan untuk menumbangkan pemerintahan lebih setengah abad UMNO-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) akan datang diperkuat dengan pengumuman barisan kepimpinan serta logo, semalam. Setelah bermesyuarat hampir empat jam di Ibu Pejabat PKR di sini, Pakatan Harapan memutuskan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim […]

Zahid tidak perlu campur urusan ROS, DAP tidak takut buat pemilihan semula

KUALA LUMPUR, 10 JUL: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dingatkan supaya tidak mencampuri urusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang mengarahkan DAP melakukan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC). “Zahid adalah pihak lawan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. “Dia justeru tidak sepatutnya mencampuri sebarang keputusan ROS yang mana akan memberi […]

Cerita Tentang Lembaga Yang Keluar Dari Lubang Gelap

“Menjadi bangsa apa pun bukanlah satu kesilapan. Kerana sesuatu bangsa tertegak daripada umatnya, hasil cerminan individualitas yang murni atau yang tohor, luhur atau jelek” Di hadapan rumah saya ada beberapa buah bongkahan batu besar yang di badannya ada lubang-lubang gelap. Ada kecil dan ada yang besar. Semasa kecil saya fikir itu adalah kesan tembakan soldadu […]

Kenapa PAS tidak peduli masalah kleptokrasi 1MDB?

SHAH ALAM, 6 JUL: PAS seharusnya bimbang tentang masalah kleptokrasi dan skandal 1MDB dan bukannya hal ehwal dalaman Pakatan Harapan, kata Setiausaha Eksekutif Sosialis Muda DAP (DAPSY), Muhammad Shakir Ameer. Katanya, skandal yang berlaku di bawah pentadbiran UMNO-Barisan Nasional (BN) itu bukan sahaja telah memalukan negara di peringkat antarabangsa, malah telah menjejaskan keyakinan rakyat terhadap […]

KARI untuk Najib, kemajuan untuk Pakatan Harapan

KARI Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) semakin pedas. Kita sudah dengar macam mana dalam saman sivilnya yang kedua ia menceritakan perihal berlian, permata, emas suasa AS$27 juta (kira-kira RM122 juta) milik isteri perdana Menteri, (Datin Paduka Seri Puan Puti Reno) Rosmah Mansor. Dan bagaimana sabahat akrab keluarga Perdana Menteri, Jho Low menghadiahkan emas permata bernilai hampir […]

Menjejak Hang Tuah sebagai model Malaysia baru

Pada November tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan suatu pelan masa depan yang baru, sekaligus membelakangi Visi 2020 yang dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad sebelum ini. Pelan baru tersebut melihat kepada tahun 2050; ada lebih kurang 33 tahun lagi untuk kita ke sana. Perdana Menteri menggelarnya TN50. […]

Pemimpin PAS mohon maaf kerana fitnah DAP, Amanah

KUALA LUMPUR, 20 JUN: Seorang pemimpin PAS, Razman Zakaria hari ini mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di atas tindakannya memuat naik poster fitnah memburuk-burukkan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH). Permohonan maaf itu dibuat setelah peguam Hanifa Maidin yang mewakili Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar […]

Tiga tawaran Pemuda PH kukuhkan autonomi Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR, 20 JUN: Pemuda Pakatan Harapan (PH) hari ini menzahirkan komitmen untuk melaksanakan tiga tawaran khusus bagi mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setara dalam Persekutuan Malaysia sejajar Perjanjian Malaysia 1963. ‘Tawaran Baru’ itu adalah penting supaya Sabah dan Sarawak menikmati layanan yang adil dan tidak menjadi mangsa penindasan ekonomi kerajaan persekutuan […]

Alasan dangkal tiga menteri UMNO pertahan Najib, Rosmah dibidas

KUALA LUMPUR, 19 JUN: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) perlu menghantar notis bantahan kepada Amerika Syarikat (AS) jika mengesyaki wujud agenda jahat di sebalik tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) negara itu menyiasat skandal syarikat milik negara, 1MDB. Demikian respon Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng terhadap kenyataan Menteri UMNO-BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang menuduh pengadu […]

Peguam Negara patut baca sampai habis saman sivil DOJ sebelum beri komen

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Teka-teki terbesar melibatkan ‘kehilangan’ berbilion ringgit dana awam yang dicuri dari 1MDB sekali lagi menggegarkan Putrajaya. Ia berlaku apabila Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam saman sivil terbarunya mahu bertindak untuk merampas aset bernilai AS$540 juta yang dikaitkan dengan kecurian wang syarikat tersebut yang telah dibelanja secara mewah. Tindakan DOJ itu […]