Akibat pertahan Teresa, Khalid diserang individu didakwa anak Tajudin Rahman

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini mendakwa terdapat sekumpulan individu yang dipercayai dari Pasir Salak telah menyerang beliau setibanya di Parlimen awal pagi ini. Bagaimanapun, katanya, tindakan ganas sesetengah individu berkenaan berjaya dikawal oleh pihak keselamatan yang berkumpul dan mengepung kenderaannya bagi melindunginya. “Mereka datang mencaci dan memaki […]

Pemimpin PAS sertai Bersih 5 serah nasib kepada kepimpinan parti

KUALA LUMPUR, 22 NOV: Siapa sangka ada pemimpin dan ahli PAS sanggup dan berani turun ke perhimpunan Bersih 5 walaupun parti itu sebelum itu menetapkan pendiriannya tidak menyokong perhimpunan aman tersebut. Bahkan terbaharu ialah kenyataan Presiden PAS sendiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa ahli PAS yang didapati menyertai perhimpunan Bersih 5 bakal berhadapan […]

Serbuan pejabat BERSIH: Telefon dirampas, peguam disuruh keluar

PETALING JAYA, 18 NOV: Polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertindak menyerbu pejabat badan pendesak pilihanraya bersih dan adil, BERSIH 2.0 di sini petang tadi. Dalam satu posting Facebooknya, BERSIH 2.0 mendakwa polis dan SSM mengugut mahu merampas semua barang dan dokumen, selain pihaknya dinafikan hak untuk berjumpa dengan mana-mana peguam. Ahli gabungan peguam Lawyers […]

Benarkah Johor telah berjaya membasmi kemiskinan?

JOHOR BAHRU, 18 NOV: Benarkah kemiskinan di negeri Johor telah menghampiri kadar sifar seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohd Khaled Nordin dalam ucapan belanjawan negerinya semalam? Mengutarakan persoalan berkenaan, Penolong Setiausaha Publisiti Sosialis Muda DAP (DAPSY) Johor, Ahmad Anwar Asyraf berkata kerajaan negeri perlu menyemak semula penanda aras kemiskinan yang ditetapkan […]

Bayar GST RM38.5 bilion, tapi caj hospital kerajaan naik 50 peratus?

KUALA LUMPUR, 15 NOV: Tindakan kerajaan UMNO menaikkan caj wad dan rawatan hospital kerajaan bermula awal tahun hadapan membuktikan parti pemerintah itu kini kekurangan dana dan sanggup membebankan rakyat. Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching berkata, adalah tidak wajar keputusan itu diambil memandangkan kerajaan telah mengutip berbilion ringgit daripada rakyat, hasil daripada pelaksanaan cukai […]

Sekolah Agama Rakyat Pulau Pinang terima peruntukan tambahan RM1.75 juta

PENANTI, 14 NOV: Kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam menyampaikan sumbangan bernilai RM1.75 juta sebagai peruntukan tambahan kepada 178 Sekolah Agama Rakyat (SAR) pelbagai kategori di negeri itu. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, sumbangan kali kelapan itu adalah untuk menghargai jasa 1,427 guru serta barisan pengurusan pondok pengajian agama terbabit dalam membantu kerajaan negeri untuk […]

Manifestasi melawan kerangka dan pemegang kuasa, tidak sentiasa indah

Pada hemat saya, pertarungan untuk kerusi Presiden Amerika ini wajar dianalisa daripada sudut pandangan Parti Demokrat melawan Parti Republikan; atau pendokong establishment melawan mereka yang anti-establishment. Saya tetap tegas dan teguh dengan pendirian saya sebagai seorang pendokong Demokrat, tidak kira menang atau kalah. Sebagai penyokong Bernie Sanders sejak awal lagi, saya merasa untuk parti Demokrat […]

Mantan Timbalan Perdana Menteri dipanggil polis gara-gara kritik skandal 1MDB di Parlimen

KUALA LUMPUR, 8 NOV: Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan bahawa beliau telah dipanggil polis untuk memberi keterangan pada minggu hadapan berhubung dakwaan kononnya mendedahkan rahsia kerajaan. “Saya sebentar tadi mendapat mesej terkini dijemput untuk ke Bukit Aman pada 15 haribulan yang akan datang ini, saya tak tahu dia (polis) […]

Speaker dikecam korbankan hak dan kebebasan berucap di Parlimen

KUALA LUMPUR, 8 NOV: Berbeza dengan tugas Speaker Dewan Rakyat yang seharusnya mempertahankan hak bersuara anggota Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia nampaknya lebih rela membiarkan anggota dewan mulia itu diperkotak-katikkan pihak penguasa. “Dalam sejarah Speaker di England, ada Speaker yang rela ‘dipancung kepala’ untuk mempertahankan hak-hak ahli Parlimen untuk bersuara. “Tetapi lain pula yang […]

Air Selangor: Orang lain punya angkara, kerajaan Selangor tanggung bala

SHAH ALAM, 2 NOV: Gangguan bekalan air yang melanda Selangor baru-baru ini berlaku ekoran pencemaran bahan kimia di Sungai Semenyih dan Sungai Buah. Pencemaran tersebut telah menyebabkan air sungai berbau dan berbuih. Berdasarkan ujian sampel air yang dilakukan, dua sungai tersebut dicemari bahan kimia “4-bromo difenil ether” (4-Bromo Diphenyl Ether). Dalam satu kenyataan sebelum ini, […]

Kakitangan awam, rakyat Selangor tuai hasil urustadbir baik 8 tahun kerajaan Pakatan

SHAH ALAM, 1 NOV: Hasil urustadbir pentadbiran yang baik, kerajaan Pakatan Selangor hari ini mengumumkan sebanyak RM3.45 bilion bagi Belanjawan 2017 meliputi RM1.8 billion bagi peruntukan pembangunan manakala RM1.65 billion bagi pengurusan. Belanjawan 2017 Selangor ini merupakan belanjawan terbesar yang mencatat sebanyak 52 peratus peruntukan kepada pembangunan manakala sekitar 48 peratus kepada belanja pengurusan. Peruntukan […]

Siapa Khalid? Dia lebih besar dari Parlimen? – Guan Eng

KUALA LUMPUR, 31 OKT: DAP hari ini menuntut supaya Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee membuat perintah bagi melarang pihak polis daripada menyiasat tiga mantan menteri kabinet berhubung kritikan lantang mereka mengenai skandal 1MDB di Parlimen. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar memanggil […]