47 anggota Parlimen BN Sabah dan Sarawak boleh catur kuasa Putrajaya

KUALA LUMPUR, 31 OKT: 47 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak diseru agar memainkan peranan mereka sebagai ‘kingmakers’ dalam pentadbiran kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, mereka harus menjalankan tiga tanggungjawab penting bagi mempertahankan asas sekular pembinaan negara Malaysia dan Perjanjian Malaysia […]

47 Ronin Borneo ‘kingmaker’ politik Malaysia

Peristiwa balas dendam 47 Ronin (Shi-jū-shichi-shi) atau lebih dikenali sebagai insiden Ako (赤穂事件 Akō jiken) adalah peristiwa benar yang berlaku pada abad ke-18 dalam sejarah Jepun. Bukan sekadar filem dibintangi Keanu Reeves dan Hiroyuki Sanada. Peristiwa ini terjadi apabila 47 orang samurai tidak bertuan membalas dendam kematian tuan mereka Asano Naganori yang dipaksa melakukan seppuku […]

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2017 oleh Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang

Adakah kita mempunyai Ahli-ahli Parlimen BN yang cukup patriotik untuk maju ke depan dan berganding tangan bersama Ahli-ahli Parlimen Pembangkang yang patriotik untuk menyelamatkan Malaysia daripada penghinaan sebagai sebuah kleptokrasi global? Sebagai Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang paling lama, setelah berkhidmat selama lebih empat puluh tiga tahun dalam sepuluh daripada tiga belas penggal sejak 1969 […]

Tapak arkeologi 10,000 tahun Gua Cha diancam pembalakan di Kelantan

Riuh-rendah gegak-gempita yang tersembul keluar dari Hutan Simpan Kekal Balah, Gua Musang sejak 28 September lalu bukan sahaja menyingkap aktiviti pembalakan yang mengancam ekosistem dan kehidupan penduduk Orang Asli Temiar di sini, tetapi juga ancaman kepada tapak arkeologi sejarah awal manusia purba negara ini. Tapak arkeologi tersebut adalah Gua Cha tempat ditemukan rangka manusia zaman […]

Tragedi kebakaran HSA, DAP mahu Suruhanjaya Siasatan Di-Raja ditubuhkan

KUALA LUMPUR, 27 OKT: DAP menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan untuk menubuhkan Jawatankuasa Siasat Bebas bagi mengenal pasti punca sebenarnya di sebalik tragedi kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang telah meragut beberapa nyawa. Bagaimanapun, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, di samping penubuhan jawatankuasa itu, Suruhanjaya Siasatan Di-Raja harus ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan […]

Perang Jamal terhadap BERSIH isu serius, polis jangan pandang remeh

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Wujud intimidasi dan provokasi dalam pengisytiharan ‘perang’ terhadap Bersih seperti yang diucapakan ketua samseng UMNO, Datuk Jamal Yunos kepada penyokongnya sejurus selepas dibebaskan daripada tahanan reman semalam. Justeru, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini yang memandang remeh ucapan Jamal itu […]

RUU355 Hadi: Antara jerat politik, keutamaan atau senjata makan tuan?

Pertikaian usul pindaan Rang Undang-Undang konon bagi memperkasakan Mahkamah Syariah (RUU355) yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mencetuskan polemik dan perdebatan hangat kelompok rakyat negara ini. Perdebatan hangat ini sedikit sebanyak menenggelamkan banyak isu mendasar melibatkan ketirisan wang negara akibat skandal mega 1MDB, derma RM4,2 bilion, individu MO1, isu […]

Pembalakan Gua Musang: ‘Misteri’ Air Terjun Dakota terungkai

GUA MUSANG, 16 OKT: Baru-baru hangat apabila sebuah foto menjadi viral di media sosial berhubung kerosakan yang berlaku di Air Terjun Dakota terletak sekitar 20 kilometer dari Pos Gob, kawasan yang terjejas teruk akibat pembalakan. Pendedahan awal kerosakan di air terjun Dakota yang dibuat aktivis alam sekitar dari Royalti (R) Malaysia Syam Ghaz itu mendapat […]

Antara Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan BN, siapa sebenarnya gagal?

Dalam masa lapan tahun, Kerajaan Pakatan telah berjaya mengubah Pulau Pinang, negeri tercorot di bawah pentadbiran BN pada tahun 2006-2007, menjadi juara nombor satu dalam kadar pertumbuhan KDNK per-kapita bagi tahun 2014-2015. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehubungan itu membantah keras pembohongan BN kononnya prestasi ekonomi dan kewangan Kerajaan Negeri Pakatan sangat menyedihkan, dan memutarbelit kejayaan […]

Negara luar siasat 1MDB, Peguam Negara sibuk rayu kes ‘belon kuning’

KUALA LUMPUR, 12 OKT: Mengapa Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bersungguh-sungguh mahu memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Bilqis Hijas dalam kes ‘belon kuning’, tetapi bersikap acuh tak acuh dalam menangani skandal terbesar negara, 1MDB? Persoalan itu dilontarkan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, yang menyatakan bahawa Apandi seharusnya memberi sepenuh fokus […]

Kenapa selepas tiga minggu baru mahu siasat ugutan ‘parang terbang’ Jamal?

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Tahap kredibiliti dan profesionalisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) berisiko tergugat sekiranya tiada sebarang tindakan drastik mahupun hukuman dikenakan ke atas provokasi melampau pemimpin samseng UMNO, Datuk Jamal Yunos. Jamal didakwa menulis satu kemas kini berbunyi: “Saya berjanji Tragedi 13 MAY akan berulang dan PARANG TERBANG akan terjadi jika BERSIh 5 dibuat […]

Surat terbuka kepada Ketua Polis Negara dan PDRM

Tan Sri Ketua Polis Negara dan PDRM, Saya menulis surat terbuka ini bagi mendapat jawapan kepada beberapa kerunsingan orang ramai terhadap perilaku anggota Umno berbaju merah yang diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos. Pertamanya, kenapa Jamal dan ketua-ketua samseng baju merah tidak ditahan dalam lokap sementara menunggu pertuduhan jenayah di mahkamah seperti yang biasa dilakukan […]