Fitnah terhadap agensi awam: DAP buat laporan polis terhadap Naib Ketua Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Pihak polis digesa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap laporan palsu yang dibuat Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia yang didakwa telah menimbulkan perasaan prejudis, sangsi dan kebencian ke atas agensi awam negara ini. Dalam laporan polis palsu yang dibuat Khairul Azwan Harun 26 Julai lalu, beliau mendakwa Tan Sri Abdul Gani […]

Untung jadi Naib Ketua Pemuda UMNO

Pada 26 Julai 2016, gegak gempita seantero Malaya seorang pemuda telah mengumumkan bahawa beliau telah membuat suatu laporan polis bernombor CHOWKIT/005870/16. Pemuda tersebut bernama Khairul Azwan bin Harun yang juga merupakan Naib Ketua sebuah sayap Pemuda Parti Keramat Melayu menggunakan singkatan Inggeris iaitu UMNO. Khairul Azwan dalam sidang medianya selepas membuat laporan polis tersebut dilaporkan berkata […]

United Macai National Organisation?

Khairy Jamaluddin telah mengambil masa yang terlalu lama untuk menyatakan pendiriannya berhubung tuduhan bertalu-talu terhadap Presiden partinya, yang dikhabarkan sedang gigih menepis asakan dari segenap sisi, ekoran dakwaan bahawa beliau lah ‘Malaysian Official 1’ yang disebutkan dalam dokumen saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika. Dokumen tersebut menamakan beberapa individu yang didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram, […]

Dua perkara ini buat Najib tersenyum

Ada banyak perkara yang mampu untuk membuatkan kita mengukirkan senyuman hari ini. Daripada sekecil-kecil belaian manja kekasih sehingga pujian melambung majikan di pagi Isnin yang membingungkan. Namun, bagi Perdana Menteri, senyumannya 1 Ogos ini tidak hanya sekadar menampakkan bibir merah jambunya itu. Malah memperlihatkan gigi-giginya yang tersusun hingga ke hujung telinga. Sesuatu yang agak merisaukan, […]

Wahai Ketua SPRM baru, dengarlah suara rakyat

Semakin lama, rakyat semakin nampak permainan yang berlaku dalam kancah politik negara. Dua hari lalu, seorang pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Dzulkifli Ahmad pula dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru. Rakyat kini risau kerana hubungan Dzulkifli dan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali adalah seperti ‘aur dan tebing’ […]

Al-Kisah Melayu dan DAP (Bahagian Akhir)

Al-Kisah Melayu dan DAP (Bahagian 1) Al-Kisah Melayu dan DAP (Bahagian 2) Pada tahap cendekia, kerajaan negeri Pulau Pinang juga menggerakkan wacana Islam melalui badan pemikir Penang Institute. Dengan kerjasama gerakan masyarakat sivil, Penang Institute telah memulakan siri syarahan dan perbincangan meja bulat yang menampilkan tokoh cendekiawan Islam seperti Tariq Ramadan dari Universiti Oxford, penulis […]

Komplot jatuhkan Perdana Menteri, tragedi tiga Tan Sri

Pemuda Umno sudah buat laporan polis ke atas tiga orang Tan Sri yang pernah duduk dalam satu jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan aliran tunai berjumlah sekitar RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi dengan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Tiga orang Tan Sri ini, Zeti Akhtar Aziz, Abdul Gani Patail dan Abu Kasim, telah dituduh […]

Jangan termakan umpan ‘konspirasi jatuhkan Melayu-Islam’ – Datuk Ariff

RAUB, 25 JULAI: Rakyat Malaysia diingat supaya tidak tertipu dengan jerat kaum dan agama yang dimainkan pihak tertentu berikutan pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) melibatkan kebocoran AS$3.5 bilion dana 1MDB yang dicuri untuk ‘berfoya-foya’. Ia antara lain cuba menggambarkan Amerika Syarikat sedang masuk campur hal ehwal dalaman  Malaysia mengaitkan ianya sebagai konspirasi jahat Amerika […]

Saman sivil DOJ Amerika berasaskan kesalahan jenayah 1MDB

GEORGE TOWN, 25 JULAI: Biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba berdolak-dalik dengan mengatakan laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengenai 1MDB adalah tindakan sivil semata-mata, ia tetap berkait dengan perbuatan jenayah. Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata walaupun istilah ‘sivil’ digunakan, sejumlah 17 aset yang disebut di dalam dokumen itu disita kerana […]

Penyelewengan 1MDB adalah maksiat

Seorang muslim mempercayai bahawa Islam merupakan sebuah agama yang menyeluruh sifatnya. Muslim juga maklum Islam tidak terhad soal ibadah seperti solat, zakat dan puasa tetapi juga meliputi hal-ehwal kemasyarakatan, politik, ekonomi dan lain-lain. Hal ini dapat dilihat dalam puluhan ayat Quran mahupun hadis yang bukan sahaja menyentuh berkaitan amalan ibadah tetapi juga menyentuh tentang rukun […]

Tidak ada ‘kafir harbi’ dalam konteks Malaysia

Istilah Kafir Harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh. Kafir harbi adalah merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka adalah halal ditumpahkan kerana ianya di dalam suasana perang, di mana kafir harbi itu sendiri berusaha membunuh umat […]

“Siapa lagi ‘Malaysian Official 1’ kalau bukan Najib?” – Tony Pua

KUALA LUMPUR, 22 JULAI: Walaupun Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat tidak mendedahkan identiti ‘Malaysian Official 1’ dalam tuntutan saman sivil yang difailkannya, segala butiran yang menggambarkan individu itu nampaknya bertepatan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata dokumen mahkamah itu dengan jelas menggambarkan ia sebagai individu yang mempunyai […]