Tanggungjawab umat Islam adalah untuk menegakkan maqasid syariah

  Menurut laporan media, presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata bahawa adalah tanggungjawab setiap orang Islam di negara ini untuk menyokong Rang Undang-undang (RUU) Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang diusulkannya sebagai usaha untuk memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah agar setanding dengan mahkamah sivil. Menurut Hadi, “kalau dia […]

Jabatan Kehakiman Amerika ‘kantoikan’ 1MDB bayar hutang judi di Las Vegas

RAUB, 21 JULAI: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendedahkan, sebanyak AS$1 bilion dana 1MDB telah digunakan untuk membayar hutang judi di Las Vegas, selain kapal layar mewah, perhiasan dalaman, hartanah dan sebuah jet. Pendedahan yang dibuat Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Andrew McCabe dalam sidang media semalam bakal memberi tamparan hebat kepada kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri […]

Tindakan undang-undang sita aset 1MDB buktikan para pengkritiknya benar – Kit Siang

KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat memfailkan tuntutan mahkamah terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam membuktikan kebenaran dakwaan para pengkritik syarikat terbabit. Katanya, ia membuktikan kebenaran dakwaan pihak pembangkang dan kumpulan yang mahu Datuk Seri Najib Razak berundur daripada tampuk pemerintahan negara mengenai skandal mega berkembar RM55 bilion dan ‘derma’ RM2.6 bilion […]

Kenyataan media Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengenai 1MDB

JABATAN KEHAKIMAN Pejabat Hal-Ehwal Awam Rabu, 20 Julai 2016 Amerika Syarikat Berusaha Mendapatkan Kembali Lebih AS$1 bilion Yang Diperoleh Melalui Rasuah Melibatkan Dana Mahsul Negara Peguam Negara Loretta E. Lynch mengumumkan hari ini bahawa pemfailan permohonan rampasan sivil untuk tujuan merampas dan mendapat kembali lebih AS$1 bilion dalam bentuk aset yang berkait dengan konspirasi antarabangsa untuk […]

Dari robohan Puncak Purnama

“Menyakitkan mata” itu alasan yang diberikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk merobohkan arca Puncak Purnama yang dihasilkan oleh Seniman Negara, Datuk Syed Ahmad Jamal yang terletak di Bulatan Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur. Arca yang berbentuk seperti menara bertingkat itu mula dibina pada 1985 dan siap pada tahun berikutnya. Ia dibuat […]

Pakatan Harapan nyatakan solidariti, ziarah kedutaan Turki

KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Pakatan Harapan hari ini mengadakan pertemuan secara tertutup dengan wakil kedutaan Turki di Malaysia, Başak Türkoğlu bagi menyatakan sokongan penuh terhadap kerajaan Turki yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi. Ia juga diadakan bagi memberi peluang kepada kepimpinan Pakatan Harapan untuk memahami secara langsung perkembangan politik terbaru yang dihadapi negara rantau […]

DAP tuntut penjelasan aktiviti penjarahan balak dan emas di Pahang

RAUB, 18 JULAI: Kerajaan negeri Pahang dan pihak berkuasa berkaitan digesa menyiasat aktiviti pembalakan oleh sebuah syarikat di Hutan Simpan Kekal Tersang di Mukim Batu Talam dekat sini. Bukan sahaja pembalakan, aktiviti penerokaan emas turut dijalankan di Sungai Cenik mukim yang sama. Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri berkata, kedua-dua aktiviti tersebut nampaknya mendapat […]

Kenaikan melampau 150 peratus caj letak kereta di Kuala Lumpur, siapa untung?

KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disaran supaya menunggu projek Mass Rapid Transit (MRT) siap dan beroperasi sepenuhnya sebelum mengambil langkah menaikkan kadar caj tempat letak kereta di seluruh lokasi di ibu kota. Menurut Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng, impak pembinaan MRT yang dijangka akan mengurangkan masalah lalulintas teruk di […]

Al-Kisah Melayu dan DAP (Bahagian 1)

Sudah menjadi kebiasaan acapkali DAP diuar-uarkan sebagai parti orang Cina yang hanya menjaga kepentingan orang Cina, malah juga anti kepada orang Melayu dan Islam. Walaupun segala tuduhan sedemikian lazimnya dibuktikan salah di mahkamah, dan sejumlah ganti rugi yang besar sudah pun dikutip daripada sekalian pemfitnah – biasanya Utusan Malaysia dan angkatan yang sewaktu dengannya, tohmahan […]

Tiga bulan telah berlalu, apa khabar siasatan laporan PAC, soal Kit Siang

KUALA LUMPUR, 15 JULAI: DAP mempersoal sikap terkial-kial Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam mengesahkan kesahihan maklumat yang dipercayai sebagai laporan Ketua Audit Negara berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang didedahkan Sarawak Report. Khalid seperti yang dilaporkan media pada Sabtu lalu berjanji akan merujuk Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambirin Buang […]

Melayu takkan hilang kuasa, yang lenyap hanya UMNO dan rasuahnya

Imaginasi melampau Melayu hilang kuasa jika UMNO tewas pilihanraya adalah palsu. Orang Melayu tidak akan hilang kuasa seperti yang dimomokkan media dan cybertrooper UMNO. Momokan itu dibuat untuk menanamkan ketakutan dalam minda Melayu supaya terus bersama parti itu walau apa jua keadaan sekalipun; membuatkan kita buta, bahawa rasuah mampu melenyapkan sejarah bangsa yang unggul. Suka […]

Pakatan Harapan: Kes Guan Eng pemangsaan politik, tak perlu bercuti

KUALA LUMPUR, 12 JULAI: Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak perlu bercuti atau meletakkan jawatan berhubung kes penjualan rumahnya yang kini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM. Dalam satu kenyataan bersama yang ditandatangani Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden Parti Keadilan Rakyat Wan Azizah, […]