Pendakwaan terhadap Guan Eng makan tuan, sokongan Cina beralih meninggalkan BN

KUALA LUMPUR, 11 JULAI: UMNO jelas membelakangi pandangan parti komponen kaum Cina dalam Barisan Nasional selepas wujud ramalan peralihan sokongan besar kaum berkenaan terhadap DAP ekoran pendakwaan yang dihadapi Lim Guan Eng. Kebimbangan itu disuarakan sendiri Presiden Gerakan, Mah Siew Keong seperti yang dilaporkan media semalam. Mengulas soalan pemberita mengenai perkara itu, Setiausaha Organisasi DAP, […]

Pulau Pinang bersolidariti bersama Guan Eng

GEORGE TOWN, 3 JUL: Sekitar lima ribu orang menyertai program ‘Solidariti Bersama Guan Eng’ di Lebuh Pantai pagi ini bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sedang berhadapan konspirasi politik jahat setelah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa Khamis lalu. Perjalanan mengambil masa kira-kira 40 minit dari […]

‘Peguam Negara harus ikut kepentingan masyarakat, bukan kepentingan Perdana Menteri’ – Ambiga

KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Presiden Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0, Ambigia Sreenevasan mempersoal dwi-standard Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang membersihkan Najib daripada skandal 1MDB, namun mengambil tindakan pantas terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. “Peguam Negara harus bertindak mengikut kepentingan masyarakat, bukan kepentingan Perdana Menteri dan pengikutnya,” tegas Ambiga. […]

Pendakwaan terhadap Guan Eng penindasan terancang UMNO

GEORGETOWN, 30 JUN: Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP, Syerleena Abdul Rashid mendakwa wujud satu bentuk penindasan sistematik yang dilakukan kerajaan parti pemerintah, UMNO-Barisan Nasional terhadap pemimpin pembangkang dan rakyat di negara ini. Menurutnya, penindasan terancang seumpama itu digunakan bagi menyebarkan ketakutan terhadap blok pembangkang dan rakyat yang lantang mengkritik cara urus tadbir kerajaan korup UMNO-BN […]

Saya lebih rela mati berdiri, daripada hidup melutut – Guan Eng

  GEORGE TOWN, 30 JUN: “BN boleh dakwa saya, tetapi tidak akan dapat membunuh iltizam saya demi membebaskan Malaysia daripada rasuah. “BN boleh memangsakan saya, tetapi tidak akan menghancurkan semangat saya untuk membebaskan saya daripada mereka yang merompak masa depan anak cucu kita. “BN boleh aibkan saya, suka-suka tahan saya. Tetapi mereka tidak akan berjaya […]

Agamawan PKR lapor polis kenyataan kontroversi Mufti Pahang, gesa berdialog

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Satu laporan polis dibuat terhadap kenyataan berbahaya Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Laporan dibuat Ketua Biro Agama Pemuda PKR Ustaz Wan Ji Wan Hussin sebentar tadi dilakukan kerana bimbang dengan penularan anasir pengganas IS yang mampu menjejaskan keharmonian dan menggugat […]

‘Kafir Harbi’ label menghalalkan darah, Ketua Polis Negara digesa bertindak

PUCHONG, 27 JUN: Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo mempersoalkan sikap berdiam diri Ketua Polis Negara berhubung kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang menggelarkan DAP sebagai ‘kafir harbi’. Menyifatkan kenyataan tersebut sebagai berbahaya, Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata, pihak polis seharusnya memainkan peranan sebagai penguatkuasa undang-undang dalam isu tersebut, […]

DAP cadang tiga pembaharuan, kecilkan Kabinet agar lebih cekap

KLUANG, 27 JUN: Sempena pengumuman rombakan Kabinet pada petang ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menggunakan peluang berkenaan untuk membuat perubahan menyeluruh ke atas struktur Kabinet yang dilihat tidak cekap. Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata antara pembaharuan yang harus dilaksanakan oleh Najib ialah mengurangkan bilangan menteri di Jabatan Perdana Menteri daripada […]

Kenyataan Mufti Pahang berbaur ekstremisme ala IS

Semalam saya berbual melalui telefon dengan seorang rakan dari Langkawi, saudara Saifol Adli Azizan. Sementara menanti waktu berbuka puasa, perbualan kami terarah kepada sikap ramai Muslim terutama dalam media sosial yang pantas menghukum tanpa menyelidiki atau berdiskusi secara ilmiah. Sikap begini telah menenggelamkan sifat Islam sebagai Rahmat Sekalian Alam, sebaliknya menonjolkan seolah-olah ia adalah satu […]

Mufti perlu bertanggungjawab keluar kenyataan; Perjuangan DAP selaras Perlembagaan Persekutuan

Saya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia yang memetik kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman. Rumusan dari laporan itu, ia memberi gambaran: DAP ialah golongan kafir harbi yang menentang Islam Mereka yang menyokong DAP berdosa besar Mereka yang hendak menubuhkan negara sekular menentang Islam Halal memerangi kafir harbi dan penyokongnya Atas andaian bahawa Utusan […]

Celaru wang tebusan RM12 juta: DAP buat laporan kepada SPRM

KUALA LUMPUR, 21 JUN: DAP hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu wang tebusan RM12 juta yang menampakkan percanggahan kenyataan daripada pihak polis, keluarga mangsa culik dan kerajaan Persekutuan. Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng membidas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang didakwa cuba memindahkan beban […]

Percanggahan dalam isu tebusan RM12 juta, Ketua Polis wajar dipecat

KUALA LUMPUR, 19 JUN: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar digesa bertanggungjawab atas percanggahan maklumat yang berlaku antara pihak polis dan keluarga empat rakyat Malaysia yang diculik di selatan Filipina. Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, berkata jika Khalid menafikan dari awal bahawa polis telah menerima apa-apa wang tebusan dari keluarga mangsa, perkara […]