Suara rakyat mampu membelah bumi

Pada 4 Mac 2016 Malaysia menyaksikan pemimpin negara dari kedua-dua belah jurang politik, masyarakat awam dan tokoh berpengaruh lain menandatangani Deklarasi Rakyat. Mungkin perumpamaan “strange bedfellows” oleh Tun Dr Mahathir Mohamad adalah gambaran terbaik berkenaan pertemuan tersebut.  Yang pasti, pertemuan antara pemain utama politik negara itu merupakan peristiwa bersejarah bagi negara kita. Jarang sekali musuh […]

Dua IPT dikecam kerana larang pendebat muda berucap di universiti

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan mengecam tindakan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menghalang pendebat muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada berucap di majlis mereka. Ketua DAPSY, Wong Kah Woh, berkata institusi pengajian tinggi sepatutnya bersikap lebih terbuka kepada perbincangan akademik, termasuk hal berkaitan politik, kerana […]

DAPSY: Pendirian golongan muda tidak yakin dengan Najib adalah wajar

KUALA LUMPUR, 3 MAC: Golongan muda di negara ini semakin berani menyatakan secara terbuka rasa tidak yakin mereka terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang membawa negara ke arah kehancuran berikutan pelbagai skandal. Terbaru, sekumpulan anak muda yang menggelar diri mereka sebagai ‘Challenger’, dalam satu kenyataannya jurucakapnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, semalam yang dipetik […]

Pendedahan terbaru WSJ: Najib terima RM4.2 bilion, bukannya RM2.6 bilion

KUALA LUMPUR, 1 MAC: Akhbar The Wall Street Journal hari ini mendedahkan wang yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak berjumlah lebih dari USD1 bilion (RM4.2 bilion) dan bukan sekadar USD681 juta (RM2.6 bilion). Sehubungan itu, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, berkata Perdana Menteri perlu menolak dakwaan akhbar Amerika Syarikat itu dan […]

Tiada perubahan politik tanpa kesedaran rakyat, kata Senator DAP

KUALA LUMPUR, 1 MAC: Malaysia tidak mungkin mengalami pembaharuan politik tanpa kesedaran dan perubahan minda majoriti rakyat Malaysia meskipun Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan keluar UMNO sekali lagi. Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Senator Dr. Ariffin Omar, berkata perubahan politik hanya boleh dilakukan sekiranya kerajaan UMNO-BN dijatuhkan dalam pilihan raya, dan bukannya sekadar menjatuhkan Perdana […]

Ketua Polis Negara digesa keluar dari pemikiran lapuk era Perang Dingin

KUALA LUMPUR, 1 MAC: Tuduhan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, kononnya kursus Marxisme anjuran Parti Sosialis Malaysia adalah usaha untuk menghidupkan kembali gerakan komunis di negara ini adalah tidak masuk akal dan sangat memalukan. Setiausaha Biro Antarabangsa Sosialis Muda DAP (DAPSY), Howard Lee Chuan How, berkata, DAP yang tetap menolak komunisme menganggap […]

Sekat kursus PSM: Kerajaan digesa lebih terbuka rai debat pelbagai ideologi

KUALA LUMPUR, 1 MAC: Tindakan polis menyekat kursus kilat Marxisme anjuran Parti Sosialis Malaysia atas alasan cuba untuk menghidup atau menyebarkan fahaman komunis boleh menyebabkan lebih ramai orang ingin tahu tentang ideologi itu. Penolong Setiausaha Publisiti Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan, Rajiv Rishyakaran, berkata kerajaan seharusnya membenarkan wacana mengenai fahaman itu dibincangkan di khalayak umum, […]

DAP bela PSM, mahu IGP jangan tindak semberono

KUALA LUMPUR, 29 FEB: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar diminta supaya tidak bertindak terburu-buru mengikut emosi berhubungan Kursus Kilat Marxisme anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan alasan kononnya ia membawa ideologi komunis. Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Yusof, berkata Khalid sebaliknya harus mengkaji terlebih dahulu alasan berkenaan dan memastikan apakah […]

Syarikat akhbar dikuasai UMNO terus catat kerugian besar

KUALA LUMPUR, 25 FEB: Syarikat akhbar dikuasai UMNO, Utusan Melayu Malaysia Berhad terus mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM17.49 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015. Laporan Bernama menyatakan, pendapatan syarikat akhbar itu juga jatuh kepada RM248.38 juta berbanding 290.20 juta sebelum ini, merujuk kepada kenyataan syarikat itu kepada Bursa Malaysia. Dalam kenyataan syarikat […]

Perketat OSA: Satu lagi sumpahan badut

KEBELAKANGAN ini, Malaysia seolah-olah terkena sumpahan badut apabila semakin ramai pemimpin negara mempamer sisi kelakar mereka melalui kenyataan dan perilaku sarkas termasuk Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali. Alasan membebaskan Datuk Seri Najib Razak dari skandal derma RM2.6 bilion atas alasan kononnya derma itu telah dipulangkan, benar-benar menggeletek hati rakyat. Apandi seolah-olah menjadi badut […]

Potong pampasan guru hamil, kerajaan pandang remeh diskriminasi gender

PULAU PINANG 22 FEB: Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam mengurangkan 90 peratus jumlah ganti rugi perlu dibayar kerajaan Persekutuan kepada Noorfadilla Ahmad Saikin yang dipecat sebagai guru kerana hamil membuktikan kerajaan tidak serius menghapuskan diskriminasi gender. Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata pampasan itu tidak patut dipotong kerana ia harus mencerminkan betapa […]

Kes guru agama dakwa dipukul polis, DAP sedia bantuan guaman

ALOR SETAR, 22 FEB: Seorang guru agama KAFA mendakwa dua anggota polis menengking, menghina dan memukulnya di Balai Polis Gurun pada Selasa lalu sehingga cedera di kepala dan tangan serta trauma. Guru tersebut, Mohd Na’im Zakaria, 29, kemudiannya meminta bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Darul Aman, Teoh Boon Kok bagi mengadakan sidang media […]