1MDB: SPRM kena berani tuntut kuasa pendakwaan

KUALA LUMPUR 17 FEB: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menunjukkan keberanian untuk mendapatkan kuasa pendakwaan bagi setiap kes yang disiasat. Jika tidak, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, agensi itu akan kekal tidak berdaya apabila berdepan kes seumpama skandal derma RM2.6 bilion sekalipun menjalankan tanggungjawab dengan baik. “Apakah yang akan SPRM lakukan? Buat […]

Apa kapal pengawal pantai China buat di perairan Malaysia?

MERENTAS Lautan Pasifik, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama barisan pemimpin dana elitis negara ASEAN sedang bersidang bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama yang dalam pecutan akhir sebelum melabuhkan tirai pentadbirannya. Yang pasti, sidang kemuncak AS-ASEAN itu episod akhir bagi beliau dalam drama pertembungan antara dua kuasa yang menjadikan ASEAN sebagai perisai. Ia […]

Pekerja Bangladesh: Risiko banyak, di manakah kewajarannya?

SEKITAR 30 minit lalu, saya selesai membaca kenyataan penuh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan “Cadangan Memorandum Persefahaman Antara Malaysia Dengan Bangladesh Mengenai Penggajian Pekerja Bangladesh Melalui Mekanisme Kerajaan Plus (MOU G-to-G)”. Amat mengejutkan setelah membaca kenyataan rasmi itu. Kami semak semula dan baca baik-baik kenyataan media itu. Di akhirnya, kami sebagai rakyat menemui kewajaran […]

Tony Pua: Pengerusi PAC patut hormati kerjaya wartawan

  KUALA LUMPUR 12 FEB: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kesal berikutan pengamal media dilarang memasuki kawasan Parlimen semasa prosiding terakhir Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam. Beliau berkata, mereka tidak wajar dibiar berdiri di luar kawasan Parlimen oleh Pengerusi PAC, Datuk Hasan Ariffin walaupun tiada sidang […]

NGO: Usah pinda OSA tapi gubal Akta Kebebasan Maklumat

KUALA LUMPUR 11 FEB: Kerajaan Persekutuan tidak wajar memperketat Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), sebaliknya perlu menggubal Akta Kebebasan Maklumat pada peringkat persekutuan bagi memastikan segala skandal kewangan dan ketirisan melibatkan kerajaan dibongkar secara telus dan adil. Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Amir Abd Hadi berkata setiap rakyat ada hak untuk memperoleh maklumat berkaitan wakil […]

OSA: Cadangan Apandi langkaui doktrin pengasingan kuasa

KUALA LUMPUR 11 FEB: Cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) sebenarnya cubaan badan kehakiman untuk melangkaui urusan pemerintahan eksekutif. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How, berkata ia seolah-olah membelakangi kuasa yang diberi kepada wakil rakyat untuk meluluskan atau meminda undang-undang melalui parlimen. […]

Cadangan pinda OSA untuk elak skandal rasuah BN didedahkan?

KUALA LUMPUR 11 FEB: Kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk meminda hukuman mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) bertujuan menghalang rakyat dari mendedahkan skandal kewangan melibatkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata kenyataan itu jelas cuba menakut-nakutkan pemberi maklumat di samping mengalih perhatian umum daripada kegagalan […]

Skandal 1MDB: Kenapa PAC takut ambil keterangan Gabenor Bank Negara?

KUALA LUMPUR 10 FEB: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) PAC perlu memanggil beberapa individu lagi termasuk Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Mohd Hazem Abd Rahman. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata ia berikutan mereka memiliki pengetahuan luas mengenai aktiviti 1MDB sekaligus memudahkan proses […]

Apandi jadikan sistem perundangan macam badut

KUALA LUMPUR 7 FEB: Keseluruhan sistem perundangan di negara ini seakan-akan di’badut’kan bagi melindungi skandal rasuah yang menyelubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali, berkata seluruh sistem seakan-akan di’badut’kan oleh tangan-tangan berkepentingan yang gagal meletak kebenaran di tempat teratas. “Kegilaan apakah ini? Jika keadaan ini berterusan, rakyat […]

Sekat media alternatif tindakan cabuli kebebasan bersuara

  KUALA LUMPUR 4 FEB: Keangkuhan kerajaan UMNO BN mempertahan tindakan menyekat beberapa media portal alternatif, terbaru medium.com mencabuli hak kebebasan bersuara yang sepatutnya dinikmati rakyat. Menyifatkan ia tidak selaras dengan amalan demokrasi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabai, Kamache Doray Rajoo, berkata rakyat harus didedah kepada pelbagai pandangan bagi memberi ruang kepada mereka untuk […]

Pembangkang pasti dilabel pengkhianat jika di tempat Najib

KUALA LUMPUR 2 FEB: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mempersoal sama ada beliau akan menikmati pembebasan yang dinikmati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika menerima dana luar negara yang dimasukkan ke akaun peribadinya. Membawa andaian itu, beliau curiga sama ada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan membebaskannya dan mengisytihar dirinya sebagai […]

Tabung Haji dahulukan bayaran untuk selamatkan Putra Perdana Berhad?

KUALA LUMPUR 2 FEB: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoal sama ada Lembaga Urus Tabung Haji mendahului sejumlah wang kepada Putrajaya Perdana Bhd untuk membayar RM140 juta SRC International. Beliau berkata, ia berikutan Tabung Haji membeli 30 peratus kepentingan dalam Putrajaya Perdana Bhd pada November 2014 dengan jumlah tidak didedah sebelum Putrajaya Perdana […]