Skandal 1MDB: Mengapa Zahid marah Peguam Negara Switzerland sampai begitu?

KUALA LUMPUR 1 FEB: Kerajaan Persekutuan seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu apabila membidas Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber yang meminta bantuan Malaysia secara terbuka berhubung siasatan skan dal terbaru 1MDB melibatkan RM16.8 bilion. Ia berikutan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilapor kurang senang dengan permohonan Lauber atas alasan kononnya ia akan menyebabkan kerenggangan […]

Rakyat berhak persoal kepincangan pengurusan kewangan Tabung Haji

KUALA LUMPUR 31 JAN: Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Senator Dr Ariffin Omar hari ini menegaskan, rakyat khususnya pendeposit berhak mempersoal pengurusan kewangan Lembaga Tabung Haji, lebih-lebih lagi apabila wujud kepincangan ketara. “Lembaga Tabung Haji adalah badan berkanun kerajaan. Salahkah kalau kita mahu ia diurus dengan baik? “Orang DAP pun ada Melayu dan Islam, jadi di mana […]

Tony Pua: Switzerland dedah skandal baru 1MDB RM16.8 bilion

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali digesa membantu pihak berkuasa Switzerland menyiasat dakwaan terbaru salah laku melibatkan sejumlah USD4 bilion yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ia berikutan permintaan rasmi Ketua Pendakwa Switzerland kepada Malaysia dalam siasatannya terhadap kemungkinan wujud pelanggaran undang-undang oleh firma milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). […]

Keputusan Apandi bebas Najib, apa pendirian Hadi?

KUALA LUMPUR 29 JAN: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mempersoal pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membebaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari skandal kewangannya. Katanya, soalan itu relevan ekoran Hadi satu-satunya pemimpin pembangkang yang memberi sokongan tidak terhingga kepada Najib sebelum ini, […]

DAP cadang proses pelantikan Peguam Negara diubah

KUALA LUMPUR 29 JAN: Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menyeru semua pihak menambah baik proses pelantikan Peguam Negara supaya institusi itu bebas dan melaksanakan keadilan tanpa mengira kepentingan mana-mana pihak. Katanya, ia dapat mengelak lantikan baru atau penukaran sesuka hati jawatan itu seperti yang berlaku terhadap Tan Sri Abdul Gani Patail tahun lalu bagi […]

Keputusan Apandi bebaskan Najib sejarah terburuk perundangan negara

KUALA LUMPUR 28 JAN: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang melepaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari tuduhan salah guna dana sebagai sejarah terburuk perundangan negara. Ia berikutan, Kit Siang berkata, alasan Apandi membebaskan Najib membabitkan skandal RM2.6 billion serta RM42 juta dari SRC […]

Krisis Tabung Haji: Jadi siapa sebenarnya ancam Melayu?

LEMBAGA Urusan Tabung Haji bukan sekadar institusi yang menguruskan hal ehwal ibadat haji, lebih jauh dari itu, ia memiliki nilai sentimental dan emosional umat Islam negara ini khusus bagi mereka yang mahu menunaikan rukun Islam kelima itu di Mekah. Namun, di saat negara menghadapi cabaran kewangan kritikal penyusutan mata wang, terrorisme dan imperialisme ekonomi melalui […]

Keputusan Apandi bebaskan Najib dikecam masyarakat antarabangsa

KUALA LUMPUR 27 JAN: Reputasi Malaysia terjejas berikutan masyarakat antarabangsa mempersoal kredibiliti kenyataan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang membebaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari skandal wang RM2.6 bilion. Ia ekoran pelbagai persoalan tidak dijawab berhubung skandal itu termasuk kesahihan sama ada wang itu diderma, alasan derma dan mengapa kerajaan mengambil masa bertahun-tahun […]

DAP desak Apandi dedah kertas siasatan SPRM

KUALA LUMPUR 27 JAN: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali digesa mendedah kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung derma RM2.6 billion dan skandal SRC Internasional Sdn Bhd untuk penelitian umum. Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata langkah itu wajar diambil Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji yang baru itu untuk memastikan Perdana […]

Keputusan Apandi akan jadi rujukan buruk kes-kes siasatan rasuah

KUALA LUMPUR 27 JAN: Keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membebaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari siasatan skandal derma RM2.6 bilion itu dikhuatiri menjadi ‘precedent’ atau rujukan kes terutama siasatan rasuah. Ia selaras dengan doktrin duluan kehakiman (stare decisis) digunakan dalam ‘common law’ yang menetapkan keputusan mahkamah terdahulu mesti diterima sebagai […]

Bayar dividen Tabung Haji guna dana awam?

KUALA LUMPUR, 27 JAN: Dana awam mungkin digunakan kerajaan Persekutuan untuk membayar dividen kepada pencarum Tabung Haji akibat kelemahan pengurusan kewangan institusi itu, kata Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri. Katanya, ia boleh berlaku berikutan nilai aset kurang dari tanggungan dengan mengambil contoh situasi terkini apabila nilai aset Tabung Haji kurang dari liabiliti yang […]

Saranan kertas siasatan SPRM berbeza dengan keputusan Apandi?

KUALA LUMPUR 27 JAN: Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng tertanya-tanya saranan dan cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Peguam Negara dalam kes skandal derma RM2.6 bilion. “Adakah saranan kertas siasatan SPRM berbeza dengan keputusan Peguam Negara untuk membebaskan Datuk Seri Najib Razak dari sebarang pertuduhan? Adakah SPRM mencadangkan supaya Perdana Menteri itu didakwa […]