Hak bernegara, penyatuan dan halangannya

It is for the people to determine the destiny of the territory and not the territory determines the destiny of the people – Hakim Dillard. CUBAAN untuk tidak bersama Persekutuan Malaysia bukanlah polemik baharu. Ia sudah sekian lama muncul dan yang pertama seumpamanya sebelum pengisytiharaan Persekutuan pada 1963 yang dibawa Sultan Kelantan dan diputuskan sepuluh hari […]

CERPEN: Jadi bayang-bayang, joget ayam dan hal sekitar

“KAU tahu,” dia dekatkan matanya ke aku, “aku pernah hidup macam bayang-bayang aku sendiri.” Aku abaikan dia dengan meraikan pemandangan luar kelas yang cukup nyaman. Ada sesuatu yang membuatkan ia dingin dan berangin walaupun tingkap kami disuruh terus bertutup pada waktu begini. Mungkin ufuk di hujung sana yang terlalu ketara luas dengan beberapa susuk gunung […]

Gobind bantu keluarga Melayu kes mati dalam tahanan polis

KUALA LUMPUR 4 NOV: DAP akan membantu keluarga Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur, mangsa yang mati dalam tahanan polis di balai polis Sungai Rengit tahun lalu, mahu memfailkan saman terhadap polis dan Kerajaan Persekutuan. Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, berkata saman sivil itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Baharu dalam minggu pertama […]

12 pemimpin Dayak di Sarawak sertai DAP

KUCHING 2 NOV: Selepas kelompok anak muda, golongan intelektual dan masyarakat orang Asli menyertai DAP kebelakangan ini, kali ini seramai 12 pemimpin Dayak dari pelbagai latar belakang menyertai parti itu, semalam. Mereka ialah Paul Anyie Raja yang juga bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus, Ali Basah Kesing (bekas calon PKR DUN Belaga), Manjah […]

Tandingi lapan kerusi PAS tidak jejas Pakatan Harapan bentuk kerajaan

KUALA LUMPUR 30 OKT: DAP mungkin bertanding di lapan kerusi PAS di Selangor pada pilihan raya umum akan datang dan bersedia ke arah itu, kata Setiausaha Publisitinya, Tony Pua. Kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jeras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat. “Inilah lapan kerusi yang kami percaya mempunyai pengaruh ketara […]

Azalina akui PM terima dana politik, siapa lagi ‘penderma’ Najib?

KUALA LUMPUR 28 OKT: Adakah SRC International Sdn Bhd bukan satu-satunya syarikat bukan kerajaan (GLC) yang ‘menderma’ kepada Datuk Seri Najib Razak untuk aktiviti politik Perdana Menteri itu? Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mempersoal hal itu berdasarkan jawapan bertulis Datuk Azalina Othman Said apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyatakan Najib ada menerima […]

Skandal 1MDB: DAP sokong penuh pendirian Raja-raja Melayu

KUALA LUMPUR 27 OKT: DAP menyokong penuh kenyataan Majlis Raja-Raja tentang perlunya mencari punca skandal 1MDB yang mengakibatkan krisis keyakinan dan membawa kesan negatif terhadap ekonomi Malaysia dan nilai ringgit. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP di sini malam tadi, pimpinan parti mahu Kerajaan Persekutuan menyelesaikan masalah itu tanpa menyembunyikan sebarang fakta dan kebenaran, selain […]

Lim Kit Siang: Perjuangan yang belum selesai

  SEPANJANG separa dekad lalu, telah banyak usaha cuba digembleng pemerintah  untuk mendiamkan Lim Kit Siang dan semuanya gagal sama sekali. Terkini – penggantungan beliau dari Parlimen selama enam bulan – juga tak akan dapat melenyapkan kelantangan Kit Sing dalam memperjuangkan kepentingan negara. Selepas 50 tahun dalam perjuangan, beliau menempuhi liku-liku politik bersama Parti Tindakan […]

Ali Rustam mahu ‘berperang’ dengan rakyat berbilang kaum?

KUALA LUMPUR 26 OKT: Sosialis Muda DAP ((DAPSY) hari ini menyelar kenyataan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Mohd Ali Rustam yang seakan-akan mengajak pesilat Melayu untuk turun ‘berperang’. “Dengan siapa Ali Rustam ingin berperang? Adakah ingin berperang dengan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang bersama-sama menuntut beberapa perkara yang membawa kebaikan kepada negara tercinta? “Siapakah sebenarnya yang […]

Agenda Melayu dan penyelesaiannya

MUTAKHIR ini, kemarahan dan nasib orang Melayu menjadi topik popular. Bukannya semua yang marah, tetapi ada sekelompok dalam masyarakat Melayu, barangkali tercetus oleh rasa tidak selamat, telah mencipta bayangan yang mereka kini dalam ancaman. Mereka rasa berpecah, terancam, serta tercalar maruah mereka. Walhal hampir semua kedudukan dan jawatan rasmi negara dipegang oleh orang Melayu, dan […]

MBPJ belakangkan ketetapan majlis, tunduk aksi samseng

KUALA LUMPUR 20 OKT: Keputusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membatal ketetapan sedia ada untuk memindah Bazar Deepavali di Kampung Sungai Way SS9A ke lokasi lebih sesuai, umpama  menggalakkan aksi samseng. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kesal kerana ketetapan Lembaga Penuh MBPJ pada 27 Mac lalu untuk menukar lokasi bazar itu ke tempat lebih […]

DAP Pahang serah bantuan kepada orang Asli Pos Tohoi

MENTAKAP 19 OKT: Rombongan DAP Pahang baru-baru ini menziarahi dan menyerahkan sumbagan kepada beberapa keluarga orang Asli yang kematian anak di Pos Tohoi di sini, minggu lalu. Mereka menyerahkan enam set barangan makanan antaranya sabun, minyak masak, gula, pampers, berus gigi, biskut, beras, makanan ringan, ayam dan sardin selain pakaian kanak-kanak kepada mereka. Pengerusinya, Tengku […]