Kegopohan politik, mimpi syariah dan hijab Istanbul

KELANTANGAN Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dalam membawa panji Islam mengangkatnya sebagai ‘Tiger of Islam’. Ramai teruja dengan program nuklear Iran dan memberi sokongan. Bahkan, masyarakat mengutuk Amerika yang cuba menghalang program itu walaupun Iran bertegas ia akan digunakan sebagai sumber elektrik. Namun, selepas isu Syiah melanda, mereka mula mengganas. Cerita bertukar 180 darjah.  Media menggambarkan […]

CERPEN: Kota Mimpi

RAHIM mematikan enjin keretanya setelah memasuki perkarangan rumah. Dia tidak segera keluar, sebaliknya Rahim lebih selesa berada di dalam kereta untuk seminit dua. Kadang mencecah sehingga lima minit. Seperti biasa, Rahim akan bersandar dan memejamkan matanya. Tangannya tidak lagi memegang stereng kereta, sekadar diletak ke atas pehanya. Rahim melepaskan lelah yang terkumpul sepanjang hari dengan […]

Fuad Rahmat: Projek Dialog buka ruang isu terpinggir, suburkan idea alternatif

Ahmad Fuad Rahmat, 34, adalah nama yang sering disebut-sebut kebelakangan ini di kalangan anak muda. Mungkin tidak sepopular Khairy Jamaluddin yang ligat meraih ‘retweet’ di twitter. Fuad Rahmat setidaknya menarik perhatian golongan muda krtitis. Pensyarah sambilan di Universiti Nottingham itu sebelum ini turut dikenali dengan program ‘Night School’, program seputar falsafah dan isu semasa yang disiarkan di BFM. […]

Hayati gerakan siasah Islam, DAP kunjungi Turki dan Tunisia

KUALA LUMPUR 14 OKT: Delegasi DAP mengadakan lawatan kerja ke Tunisia dan Turki bagi bertukar-tukar fikiran dan berkongsi pengalaman mengenai proses pendemokrasian termasuk peranan gerakan siasah Islam di Timur Tengah. Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, berkata mereka membuat kunjungan hormat kepada Presiden Ennahdah, Sheikh Rached Ghannouchi yang juga tokoh agama yang disegani dalam […]

Pak Samad, anjing Antares dan terima kasih kerana masih hidup

Dua jam perjalanan ke Kuala Kubu Bharu (KKB) dari Kuala Lumpur menaiki motosikal bagi sesetengah orang adalah perjalanan yang mencabar. Terutama bagi mereka yang seumur hidup tidak pernah jejak KKB dan menganggap memandu kereta adalah satu-satunya cara selamat untuk tiba di destinasi. Saya suka menunggang motosikal, dan saya anggap zaman memandu kereta suatu tindakan bertamadun […]

CERPEN: Ai-Pee-Yu

  JOYO pusing. Maksud aku, kepalanya pusing. Sejak sebulan lalu matanya hanya nampak asap. Asap ini bukannya asing baginya pun. Ia kiriman kerabatnya sendiri juga dari seberang selat. Maka sebab itu dia teragak-agak mahu marah. Entah-entah yang membakar itu ayahnya sendiri di sana. Atau yang mengarah pembakaran itu pamannya yang memiliki perusahaan besar. Atau paling tidak, […]

Ruang-ruang kabur ‘kereta sapu’ Uber, GrabCar dan teksi konvensional

KEMUNCULAN perkhidmatan ‘teksi sapu’ Uber dan GrabCar kebelakangan ini menimbulkan keributan lantaran  pemandu teksi konvensional mulai resah hingga membawa kepada beberapa siri protes dan bantahan. Uber dan GrabCar, sebenarnya syarikat multinasional dengan modal ratusan juta ringgit. Uber beribu pejabat di Amerika Syarikat manakala GrabCar berpusat di Singapura dan kedua-duanya ada cawangan di kota-kota besar hampir di […]

Kit Siang: Peruntuk dua hari sidang Parlimen bahaskan skandal 1MDB

KUALA LUMPUR 7 OKT: Sidang Parlimen perlu memperuntuk dua hari pertama pembentangan Belanjawan pada 19 dan 20 Oktober ini bagi membahaskan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berikutan Raja-Raja Melayu mula menyuarakan kebimbangannya. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata kabinet yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut berkongsi kebimbangan Raja Raja Melayu kerana skandal […]

Melangkaui tembok parti, tempurung kaum demi bangsa Malaysia

ORANG Melayu diseru mencontohi rakan seperjuangan Cina – berani melangkaui semangat kepartian dalam menyuarakan penolakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila kepentingan mereka tergugat. Itu pesanan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu program anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, baru-baru ini. Namun, Dr Mahathir ketika menyampaikan mesej itu, sebenarnya tersilap menterjemah keputusan […]

Zahid patut ambil tindakan terhadap menteri main sentimen perkauman

KUALA LUMPUR 6 OKT: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi patut mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja termasuk menteri kabinet yang mengungkit isu perkauman. Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar itu meminta Zahid supaya tidak hipokrit dan berat sebelah berikutan ada pemimpin utama negara terang-terangan memainkan isu perkauman untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian […]

Mufti Perlis: Larangan wajar dicontohi, elak kekeliruan

KUALA LUMPUR 2 OKT: Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin menyokong larangan menggunakan pembesar suara selain azan dan iqamah bagi mengelakkan kekeliruan berikutan golongan bukan Islam menyangka ia sebagai azan. Beliau berkata, sebahagian bukan Islam menyangka demikian hingga menimbulkan sangkaan buruk dengan Islam, apatah lagi bacaan itu mengambil masa lama sedangkan azan tidak lebih lima […]

Menelusuri evolusi politik Islam di Malaysia (Siri II)

Evolusi Islam politikal di Malaysia terbahagi kepada tiga peringkat: Kebangkitan Islam yang menggerakkan perubahan dalam UMNO dan PAS pada 1982, kemunculan kelompok progresif PAS pada 1998 dan ‘pasca-Islamisme’ pada 2015. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu membuat perbandingan trend antarabangsa dalam perdebatan Islam politikal dan politik Islam di Malaysia kerana dalam banyak segi, politik adalah hal dalaman negara. […]