Hannah – Speaker untuk semua (Bahagian II)

Mungkin juga hanya di Selangor, pejabat Speaker menyediakan khidmat penyelidik untuk digunakan semua Adun tanpa mengira parti. Menurut Hannah, ini dilakukan demi memperbaiki mutu perbahasan, selain memberdayakan para wakil rakyat Selangor.

Gobind mulakan siri laporan polis di seluruh negara ke atas KPN

Laporan dibuat di Balai Polis Cheras pada jam 12 tengah hari tadi. Turut bersama-sama beliau adalah Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Ipoh Barat yang juga peguam kepada M Indira Gandhi M Kulasegaran dan Ahli Dewan Undangan Negeri Senawang P Gunasekaran.

Kes hak penjagaan: Menteri tidak faham undang-undang

“Keputusan mahkamah adalah muktamad selagi mana ia tidak diketepikan oleh mahkamah yang lebih tinggi. Dalam kes ini, keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh dan Mahkamah Rayuan tidak dicabar oleh bapa di mahkamah…Maka bagaimana Mahkamah Persekutuan dapat membuat keputusan?” soalnya.

KPN gagal laksana perintah Mahkamah, DAP buat laporan polis seluruh negara

“Keengganan KPN untuk mematuhi perintah itu adalah pelanggaran tugas secara jelas. Beliau lupa tugas polis di bawah Seksyen 20 Akta Polis 1967 yang menyatakan tanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa arahan daripada saman, sapina dan waran yang dikeluarkan mahkamah,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng

Jangan sertai kabinet selagi Umno mainkan isu hudud – Kit Siang

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong perlu menolak jawatan menteri dalam rombakan kabinet akan datang, selagi Umno masih bercadang untuk melaksanakan hudud di peringkat persekutuan mahu pun negeri. “Pilihan kini di tangan mereka, sama ada mereka bersedia untuk mengambil pendirian tegas atau tidak,” katanya dalam satu kenyataan.

Menanti hujan bulan Jun

Memang kau tak puas. Aku sendiri tak pernah puas dan itu hanya sekadar jawapan yang lahir dari perasaan malas berdebat panjang mengenai hal yang aku tidak tahu apa tujuannya. Masa depan dan ingatan masa lalu, dua perkara yang tidak mahu aku fikirkan.