Sejarah Perjuangan

SEJARAH PERJUANGAN DAP sebagai parti politik yang sah telah diluluskan pendaftarannya pada 18 Mac 1966. Di bawah simbol Roket, DAP telah bertanding dalam 12 pilihanraya umum (PRU) sejak tahun 1969 sehingga tahun 2018 (Kecuali dalam PRU ke-14 di mana DAP bersama semua komponen Pakatan Harapan menggunakan logo Keadilan sebagai simbol bersama) Ideologi asal parti adalah […]

100 hari: Apa khabar usaha banteras rasuah?

Genap 100 hari Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan hari ini. Sehingga hari ini jugalah gabungan politik itu masih belum ada logo rasmi, belum didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan yang paling penting, tiada manifesto. Ketiadaan manifesto ini menjanggalkan memandangkan secara lazimnya, sesebuah parti mempunyai manifesto untuk dipersembahkan kepada rakyat, yakni para pengundi. Namun memandangkan […]

Quo vadis Azmin Ali?

“Azmin ini party loyalist,” ujar seorang teman, antara ramai lagi teman yang mengulang kenyataan yang serupa. “Hang gila ka dia nak keluar parti?” soalnya kemudian, menegaskan bahawa Azmin sudah jadi orang nombor dua dalam PKR. Mana mungkin beliau mencabar Anwar Ibrahim; batang tubuh yang menjadi roh dan jasad parti itu. Hari ini, 23 April, genap […]

Pemisahan parti dalam berkerajaan

Oleh Nor Miswary Ramli  (Mantan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Menteri KPWKM) Saya teringat ada satu masa, sewaktu saya mula-mula bertugas di Pejabat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di tingkat 37, Putrajaya. Ketika itu saya sedang menghabiskan makanan tengahari dan seorang penjawat awam di kementerian tiba-tiba bertanya kepada saya satu soalan serius.  “Kenapa […]

Membina Malaysia Baharu untuk semua

Pembukaan Izinkan saya untuk terlebih dahulu mengalu-alukan semua Perwakilan Kebangsaan DAP, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan tetamu-tetamu yang hadir pada majlis yang sangat bersejarah, bermakna dan penting ini. Persidangan Kebangsaan DAP hari ini merupakan perhimpunan pertama Perwakilan Kebangsaan, badan pembuat keputusan tertinggi DAP, sejak Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018. Perwakilan […]

Pilihan raya tempatan: Kembalikan hak kami!

“Taxation without Representation is tyranny – James Otis” Pilihan raya tempatan adalah suatu proses pilihan raya bagi memilih pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal perbandaran di kawasan yang telah ditetapkan. Pihak berkuasa tempatan atau dikenali sebagai PBT adalah kerajaan peringkat ketiga selepas kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. PBT dikategorikan kepada tiga status iaitu […]

Yang menang tulis sejarah, yang kalah lompat parti

Penghijrahan adakalanya menjadi puncak kepada sesebuah perjuangan. Mereka yang bergelumang dengan pelbagai sebab dan kepercayaan untuk membuat perubahan sentiasa menuntut hasil yang seperti ini. Berhijrah kepada yang lebih baik adalah apa yang kita imani di atas pelantar perjuangan ini. Malah dalam konteks politik pendemokrasian – pergelutan untuk mengeluarkan rakyat ke kedudukan yang lebih baik mempunyai […]

Dari ‘mata’ turun ke hati: Rara ingatkan rakyat pangkah lambang PKR

“Nampak logo mata, orang Melayu kata apa? Dari mata turun ke hati, dia jatuh cinta. “Jadi nanti hari mengundi, nampak kertas undi, nampak logo mata terus pangkah.” Demikian seruan Young Syefura Othman kepada orang ramai, ketika berceramah di Pontian, Johor, malam tadi; menjelaskan penggunaan logo ‘mata’ PKR sebagai lambang bersama Pakatan Harapan. Penolong Setiausaha Wanita […]

Najib akhiri teori RAHMAN, perdana menteri seterusnya adalah Tun Dr Mahathir

Kempen PRU14 telah bermula di media sosial meski hari penamaan calon telah ditetapkan pada 28 April, diikuti hari mengundi pada 9 Mei. Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Najib Razak dipercayai sedang berada dalam keadaan ketakutan apabila tarikh hari Rabu 9 Mei itu dilihat sebagai cubaan untuk menyusahkan rakyat untuk pulang mengundi. Bagi pemimpinan vetera DAP […]

Hannah Yeoh ke Parlimen Segambut, Kepong bertukar tangan

Mantan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh diumumkan bakal bertanding di kawasan Parlimen Segambut, meninggalkan kawasan DUN Subang Jaya. Pengumuman tersebut dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam, bersama senarai calon DAP bagi kawasan-kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan. Hannah menggantikan Lim Lip Eng, yang berpindah ke kawasan Parlimen Kepong; mengambil alih tanggungjawab tersebut daripada pemimpin veteran […]

Peristiwa yang akan mengubah sejarah

Beberapa perkembangan penting telah berlaku dalam masa beberapa hari lalu yang berkemungkinan mengubah sejarah negara kita. Pada 5 April, Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah “membubarkan” Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Pada 6 April parti-parti Pakatan Harapan (PH), iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara (Amanah) dan PPBM telah mengumumkan secara […]

Dua gergasi berdamai, lutut siapa menggeletar

Biduk lalu, kiambang bertaut. Mungkin pepatah Melayu itu paling sesuai menggambarkan puncak perdamaian dua gergasi politik yang sekian lama berseteru dan kembali berpadu tenaga mencapai satu tujuan Malaysia baru. Tidak siapa pernah menyangka tindakan berlengah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk meluluskan penggunaan logo Pakatan Harapan membuka laluan baru semua komponen HARAPAN menggunakan logo Parti Keadilan […]