Aktivis mahasiswa saman UKM, DAPSY lancar tabung bantuan kewangan

KUALA LUMPUR, 23 DIS: Sosialis Muda DAP (DAPSY) Negeri Selangor hari ini melancarkan kempen kutipan derma bagi membantu aktivis mahasiswa, Asheeq Ali dalam kes saman beliau ke atas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah menggantung pengajiannya baru-baru ini. Ketua DAPSY Selangor, Teh Hoong Keat berkata kos mahkamah berkenaan dianggarkan sebanyak RM5,000 dan mungkin bertambah dari […]

Perhimpunan MCA di Pejabat DAP Selangor hambar, sekadar bergambar

PETALING JAYA, 8 DIS: Sekitar 40 penyokong MCA berkumpul di hadapan Pejabat DAP Selangor sebentar tadi diketuai Setiausaha Organisasi MCA Selangor, Low Kim Mang. Mereka berarak kira-kira 50 meter dari simpang utama sambil memegang plakad dan sepanduk mengkritik DAP kononnya tidak berprinsip kerana bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir dan PAS dalam pentadbiran kerajaan Pakatan di Selangor. […]

DAP konsisten isu hudud sejak Pakatan Rakyat, DAPSY jawab Fadhli Shaari

SHAH ALAM, 10 OKT: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini menyangkal dakwaan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari bahawa kononnya DAP tidak berpinsip dan anti-Islam serta menyifatkan ia sebagai amat dangkal dan jumud. “DAP sejak sebelum pembentukan Pakatan Rakyat sudah menyatakan tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di Malaysia kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan […]

DAPSY gesa polis henti ancam anak muda, fokus tangkap MO1

KUALA LUMPUR, 1 SEP: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis menyiasat perhimpunan aman #TangkapMO1 anjuran mahasiswa yang diadakan pada Sabtu 27 Ogos lalu. Ketua DAPSY Selangor, Teh Hoong Keat berkata beliau tidak faham mengapa anak muda yang mahu menuntut keadilan demi negara pula diambil tindakan sedangkan ‘Malaysian Official 1’ yang didakwa merompak wang […]

Dihukum penjara kerana menghasut, Ustaz Fakhrulrazi tak akan dibiar sendiri – DAPSY

KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Hukuman penjara lapan bulan yang dijatuhkan mahkamah ke atas Naib Ketua Pemuda Amanah Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar di bawah kesalahan Akta Hasutan hari ini merupakan simbol pencabulan demokrasi dan hak asasi. Menzahirkan solidariti terhadap Fakhrulrazi, Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Selangor Teh Hoong Keat, berkata pemenjaraan itu merupakan sebuah lagi episod […]

DAPSY sokong himpunan #TangkapMO1, seru anak muda bangkit lawan kezaliman

KUALA LUMPUR, 10 OGOS: Sosialis Muda DAP (DAPSY) menyeru dan menyokong masyarakat umum khususnya anak muda menyertai perhimpunan aman #TangkapMO1 yang akan diadakan pada 27 Ogos di Dataran Merdeka dan juga di Johor Bahru pada 13 Ogos 2016. Ketua DAPSY Selangor Teh Hoong Keat dan Pengarah Hal Ehwal Varsiti DAPSY Kebangsaan Leong Yu Sheng dalam […]

Jentera DAPSY siap menangkan calon Pakatan Harapan

IPOH, 29 MEI: Sosialis Muda DAP (DAPSY) menyokong penuh calon Parti Amanah Negara (Amanah) mewakili Pakatan Harapan untuk bertanding dalam kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun ini. Menurut Ketua DAPSY Wong Kah Woh, pendirian ini dibuat memandangkan PAS telah menolak segala kemungkinan untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru antara […]

Setiausaha DAPSY mangsa terbaru dilarang masuk Sarawak, Adenan dan BN makin kuku besi

SIBU, 3 MEI: Walaupun pilihanraya negeri cuma tinggal empat hari lagi, kerajaan negeri Sarawak tetap menyekat ahli pembangkang dari Semenanjung ke negeri itu. Terbaru, Setiausaha Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan, Bryan Lew Chee Kwan, dihalang dari memasuki Sarawak ketika tiba di Lapangan Terbang Sibu pagi tadi tanpa diberi apa-apa penjelasan berhubung perkara itu. Beliau ditahan […]

DAPSY desak Zahid Hamidi bebaskan Nik Nazmi

“Bukankah amat ironi apabila Akta Perhimpunan Aman digunakan untuk menangkap dan menyeksa pemimpin politik yang berjaya menganjur serta menjalankan perhimpunan secara aman?