Post-mortem ‘terperinci, serius dan jujur’ kenal pasti punca kekalahan – Dr Mahathir

Pakatan Harapan (PH) akan mengenal pasti punca kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai menerusi post-mortem yang terperinci, serius dan jujur di semua peringkat parti.  Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kekalahan dengan majoriti lebih 15,000 undi itu adalah di luar jangkaan.  “Saya terima keputusan yang dibuat oleh rakyat Tanjung Piai, walaupun sebelum […]

Rakyat diseru sokong kempen beli barangan buatan Malaysia

Rakyat diseru menyokong kempen beli barangan buatan Malaysia yang lebih memberi kebaikan kepada negara berbanding kempen boikot barang keluaran bukan Islam di negara ini.  Kabinet dalam mesyuarat semalam bersetuju bahawa kempen boikot seumpama itu adalah sangat tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan negara.  “Jemaah Menteri menolak pemikiran dan pendirian sempit berasaskan sentimen perkauman […]

Orang Melayu boleh masuk Hizbul-A’mal Ad-Dimuqratiy

Hujung minggu sudah, Exco Johor Sheikh Omar Ali berjaya dipilih sebagai Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri Johor. Tajuk-tajuk utama portal berita, memaparkan beliau sebagai “Melayu pertama” jadi ketua pemuda DAP di Johor. Beliau menewaskan Marina Ibrahim, juga seorang Melayu. Sheikh Omar mantan penuntut Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di Nilam Puri, sebelum menjadi graduan […]

Usul wajibkan MP isytihar harta lulus, walau pembangkang ‘bermatian’ bantah

Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan reformasi institusi seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya bagi mengembalikan integriti negara selepas ‘tercalar’ lebih 60 tahun di bawah pentadbiran terdahulu.  Oleh itu, kerajaan PH mengambil keputusan untuk membentangkan usul mewajibkan ahli Parlimen untuk mengisytiharkan harta, sebagai cara untuk mengekang budaya rasuah. Usul berkenaan diluluskan Dewan Rakyat semalam, […]

MP Jelutong lapor polis gesa Najib disiasat pecat AG, TPM pada Julai 2015

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer hari ini membuat laporan polis terhadap mantan Perdana Menteri, Najib Razak berhubung peristiwa pemecatan timbalan perdana menteri, peguam negara dan rombakan besar-besaran agensi kerajaan pada Julai 2015. Beliau merujuk kepada pemecatan bekas peguam negara Abdul Gani Patail dan bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin pada Julai 2015 serta rombakan terhadap […]

Najib mahu rakyat lupa tentang skandal 1MDB untuk penuhi impian jadi kleptokrat semula – Kit Siang

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, berkata Najib Razak melakukan segala usaha untuk kembali menjadi seorang kleptokrat dan membawa Malaysia menjadi negara kleptokrasi global semula. Menurut Kit Siang, mantan perdana menteri itu tidak mahu rakyat terus mengingati apa-apa tentang skandal 1MDB dan berbagai peristiwa yang menyaksikan institusi negara dicabuli supaya mudah bagi Najib untuk kembali […]

Kit Siang tekad laksana reformasi institusi pentadbiran dan politik

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini memberi dua cadangan berhubung soal reformasi institusi pentadbiran dan politik. Pertama, menggesa agar polis menyiasat dan mendakwa mantan perdana menteri Najib Razak atas cubaan melakukan “aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen” berhubung operasi “Week of Long Knives” pada Julai 2015. Kedua, memansuhkan sama sekali peruntukan dalam Kanun Keseksaan […]

Kit Siang cadang tubuh RCI siasat ‘operasi Najib’ pada Julai 2015

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI) bagi mendedahkan operasi yang dirancang mantan Perdana Menteri Najib Razak pada Julai 2015. Menurut beliau, operasi berkenaan menyerang prinsip demokrasi berperlembagaan dan melumpuhkan kebebasan dan profesionalisme institusi-institusi utama negara. Tambah beliau, ia dilakukan semata-mata sebagai usaha untuk menutup skandal 1MDB yang heboh […]

Membina Malaysia Baharu untuk semua

Pembukaan Izinkan saya untuk terlebih dahulu mengalu-alukan semua Perwakilan Kebangsaan DAP, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan tetamu-tetamu yang hadir pada majlis yang sangat bersejarah, bermakna dan penting ini. Persidangan Kebangsaan DAP hari ini merupakan perhimpunan pertama Perwakilan Kebangsaan, badan pembuat keputusan tertinggi DAP, sejak Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018. Perwakilan […]

Sembunyi dana parti, UMNO langgar Akta Pertubuhan 1966

DAP akan membuat aduan dan meminta penjelasan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berkenaan keterangan seorang pemimpin UMNO dalam perbicaraan kes melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di mahkamah semalam. Pada hari keenam perbicaraan kes Najib, Setiausaha UMNO Johor Bahru, Abu Talib Alias dan Ketua UMNO Padang Serai, Asmadi Abu Talib mengaku menerima […]

Jika Orang Asli warganegara Malaysia, mengapa 60 tahun BN nafi hak mereka

Persoalan yang sering menganggu fikiran saya sejak melawat beberapa kampung dan pos Orang Asli di Cameron Highlands sepanjang tiga minggu lalu adalah sama ada, setelah 60 tahun Merdeka, Orang Asli boleh dianggap sebagai warganegara penuh Malaysia? Mereka adalah penghuni asal Malaysia, namun adakah mereka sebenarnya-benarnya warganegara penuh negara ini selepas 60 tahun merdeka? Persoalan ini […]

Lompat parti: PH harus tunjuk contoh, buktikan komitmen pulihkan integriti negara

Tindakan empat Ahli Parlimen, dua Senator dan sembilan ADUN serta beberapa ketua bahagian UMNO Sabah pada hari Rabu telah mencetuskan gelombang di seluruh negara. Timbul persoalan sama ada sudah tiba musim lompat parti, kali ini dari UMNO ke parti-parti lain. Tapi persoalan paling penting bukanlah tentang UMNO, tapi Pakatan Harapan; sama ada ia telah hilang […]