Skip to content

Perlu strategi baru lawan BN

Kekalahan Pakatan Harapan dan PAS di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah satu petanda kepada pihak pembangkang untuk mengatur semula strategi menghadapi PRU14. Adalah jelas di sini bahawa pertempuran 3 penjuru akan merugikan pihak pembangkang.

Barisan Nasional pula akan mengambil kesempatan untuk memperoleh kemenangan daripada kelemahan ini. Sudah tiba masa untuk pihak pembangkang mengadakan rundingan dan kerja-kerja sepakat jika benar-benar berhajat untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Team DAP Perak, rakan-rakan Pakatan Harapan dan Calon Amanah Profesor Ahmad Termizi telah melawat Kampung Baru Jerlun dan Pekan Kuala Kangsar untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi pada petang ini.

Kemenangan BN dengan cara yang jijik dan kekalahan Pakatan Harapan dengan rasa terhormat adalah difahami oleh penyokong-penyokong Pakatan Harapan. Perjuangan Pakatan Harapan tidak akan berhenti dengan kekalahan ini.