Skip to content

80 Pelajar Cemerlang SPM 2025 DUN Kuala Kubu Baharu Terima Insentif Penghargaan

  1. Seramai 80 orang pelajar cemerlang SPM 2025 dari DUN Kuala Kubu Baharu yang memperoleh keputusan 5A sehingga 11A telah diraikan dalam Program Penyerahan Hadiah Keputusan Cemerlang SPM yang berlangsung hari ini.
  2. Program anjuran Pusat Khidmat DUN Kuala Kubu Baharu itu melibatkan peruntukan kira-kira RM16,000 sebagai tanda penghargaan terhadap usaha gigih para pelajar, sokongan ibu bapa serta komitmen guru-guru dalam melahirkan generasi cemerlang.
  3. Tahun ini merupakan tahun keempat belas berturut-turut Pusat Khidmat DUN Kuala Kubu Baharu meneruskan inisiatif menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan akademik pelajar di kawasan ini.
  • Tahun 2024: 106 pelajar menerima RM21,650
  • Tahun 2025: 50 pelajar menerima RM11,000
  • Tahun 2026: 80 pelajar menerima RM16,000
  1. Secara keseluruhan, sejumlah RM48,650 telah diperuntukkan bagi insentif khas ini sepanjang tiga tahun pelaksanaan program.
  2. Kejayaan bukan sekadar tentang keputusan peperiksaan, tetapi juga tentang semangat untuk terus belajar, berusaha dan bangkit menghadapi cabaran kehidupan.
  3. Pendidikan ialah jambatan yang membuka peluang dan mengubah masa depan. Dalam dunia yang berubah dengan begitu pantas, amat penting untuk generasi muda terus mempelajari perkara baharu, berani keluar daripada zon selesa, terus mengejar kecemerlangan serta bersedia menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran mendatang.
  4. Jangan takut untuk bermimpi besar kerana setiap usaha kecil hari ini mampu membawa perubahan besar pada masa hadapan.
  5. Saya berharap agar para pelajar terus mengekalkan semangat ingin belajar dan menjadi generasi yang bukan sahaja berjaya untuk diri sendiri, tetapi juga mampu menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara.
  6. Tahniah dan syabas kepada semua penerima. Terus belajar, terus meneroka dan jadilah versi terbaik diri anda! 
  7. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada para guru serta ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang, memberi sokongan, dorongan dan pengorbanan dalam perjalanan kejayaan anak-anak.