Gabungan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin, dan Presiden Gerakan, Dominic Lau, dalam dua hari yang lepas menimbulkan persoalan sama ada Dominic Lau akan menjadi calon Ketua Menteri Pulau Pinang untuk PN dalam pilihan raya negeri yang akan datang.
Persoalan ini menimbulkan tiga lagi soalan:
- sama ada Dominic Lau telah mendapat persetujuan Gerakan Pulau Pinang dan terutamanya Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong, untuk menjadi calon Ketua Menteri PN;
- adakah Gerakan akan mendapat jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri terbanyak untuk ditandingi di Pulau Pinang atau adakah para pemimpin Gerakan akan terpaksa patuh dan akur dengan arahan pemimpin PAS dan Bersatu; dan
- sama ada Dominic Lay akan menang di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan sama ada dia akan berjaya untuk mengekalkan depositnya.
Ada juga soalan-soalan lain yang boleh dijawab Dominic Lau:
Adakah dia mahu rakyat Pulau Pinang untuk memilih di antara menjadi penternak khinzir atau menjadi penternak lembu, dan sama ada dia bersedia untuk memberitahu Presiden PAS, Hadi Awang, secara terbuka yang dia salah.
Bolehkah PN dan Gerakan menjawab soalan-soalan ini?
Saya tidak rasa begitu.
Persoalan yang paling penting adalah sama ada para pengundi di Pulau Pinang bersedia untuk menjalankan tanggungjawab demi negara dan negeri dengan keluar mengundi beramai-ramai dalam pilihan raya negeri Pulau Pinang untuk memastikan terdapatnya kadar keluar mengundi yang lebih tinggi berbanding dengan pilihan raya umum ke-15 pada 19 November 2022 untuk memilih pilihan yang akan menjadikan Malaysia dan Pulau Pinang juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.