Adakah Perikatan Nasional akan menyapu bersih 6-0 untuk keenam-enam negeri dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos atau adakah gabungan PH-BN akan mengambil alih kerajaan negeri Kedah?
Kita hanya akan tahu pada 12 Ogos, tetapi sekiranya Perikatan Nasional menang 6-0, maka perkara ini akan menjadi berita buruk untuk Malaysia kerana ia akan memberikan kesan kepada usaha untuk membangkitkan semula Malaysia sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia.
Perkara ini tidak akan menumbangkan kerajaan perpaduan di Parlimen, tetapi ia akan menjejaskan projek – yang sebelum ini diganggu dengan konspirasi politik Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020 – untuk mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia, terutamanya dalam usaha memerangi rasuah.
Pada tahun 2018, Malaysia berada di tempat ke-61 dari 180 buah negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) dengan markah sebanyak 47 per 100.
Pada tahun 2019, Malaysia berada di tempat ke-53 dari 180 buah negara dalam TI CPI dengan markah sebanyak 57 per 100.
Pada tahun 2020, Malaysia berada di tempat ke-51 dari 180 buah negara dalam TI CPI dengan markah sebanyak 57 per 100.
Pada tahun 2021, Malaysia berada di tempat ke-62 dari 180 buah negara dalam TI CPI dengan markah sebanyak 48 per 100.
Pada tahun 2022, Malaysia berada di tempat ke-61 dari 180 buah negara dalam TI CPI dengan markah sebanyak 47 per 100.
Di bawah pentadbiran Pakatan Harapan selama 22 bulan, kedudukan dan markah TI CPI untuk Malaysia meningkat sebanyak 10 anak tangga dan 10 mata.
Namun, dua kerajaan “pintu belakang” Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri hanya mengambil masa selama 21 bulan untuk membawa Malaysia kepada kedudukan dan markah terburuk negara dalam TI CPI.
Di bawah pemerintahan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada tahun 2020, kedudukan Malaysia dalam TI CPI jatuh 11 anak tangga dan 9 mata markah.
Di bawah Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri pada tahun 2021, kedudukan Malaysia dalam TI CPI meningkat satu anak tangga tetapi kita menyaksikan penurunan satu mata markah.
Apakah yang kita akan saksikan dalam TI CPI 2023?
Di bawah rancangan Ekonomi Madani, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyasarkan Malaysia untuk berada dalam kalangan 25 negara teratas dunia dalam TI CPI.
Sekiranya Perikatan Nasional menyapu bersih 6-0 keenam-enam negeri dalam pilihan raya negeri yang akan datang ini, maka kedudukan TI CPI kita akan menjunam dan China bakal mengatasi kedudukan Malaysia sebelum 2030.
Tetapi, ada persoalan yang lebih besar lagi.
Malaysia telah ditinggalkan di belakang lima negara sejak penerbitan TI CPI bermula pada tahun 1995, adakah Malaysia akan ditinggalkan di belakang lapan buah negara lain, termasuklah Indonesia, China, dan India menjelang penghujung dekad ini?
Kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan sebelum ini mencatatkan kemajuan dan mencapai kedudukan terbaik untuk negara kita dalam 25 tahun di mana kita berada di tempat ke-51 dari 180 buah negara dan markah 53 per 100.
Kerajaan ini telah meletakkan Malaysia di jalan untuk menjadi salah satu dari 30 negara teratas dunia dari segi integriti awam sebelum 2030, tetapi usaha ini tidak dikekalkan oleh dua kerajaan “pintu belakang” Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri yang dibawa masuk oleh kospirasi politik Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020, hasilnya kita jatuh ke tempat ke-61 dengan markah 47 per 100 dalma TI CPI 2022.
Dari siri penerbitan TI CPI selama 28 tahun ini, Malaysia bakal ditinggalkan di belakang lapan lagi negara menjelang penghujung dekad ini sekiranya usaha memerangi rasuah kita tidak ditingkatkan; China, Hungary, India, Colombia, Argentina, Brazil, Indonesia, dan Turkiye.
Dalam TI CPI kedua pada tahun 1996, yang menilai 54 buah negara, Malaysia adalah negara teratas dari kalangan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), tetapi dalam TI CPI 2022, kita telah ditinggalkan di belakang Qatar, Arab Saudi, Oman, dan Jordan.
Menjelang penghujung dekad ini, hala tuju TI CPI kita menunjukkan yang kita bakal ditinggalkan di belakang 10 lagi negara OIC, iaitu; Tunisia, Kuwait, Senegal, Bahrain, Maldives, Guyana, Maghribi, Suriname, Indonesia, dan Turkiye sekiranya kita tidak meningkatkan usaha memerangi rasuah.
Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin, dan Hadi Awang tidak menjanjikan apa-apa usaha meningkatkan usaha memerangi rasuah untuk Malaysia di bawah gabungan mereka.
Inilah salah satu sebab mengapa perlu ada kadar keluar mengundi yang tinggi pada hari mengundi 12 Ogos untuk mengundi gabungan PH-BN untuk memastikan tidak ada kemenangan 6-0 untuk Perikatan Nasional.