Skip to content

Adakah Pulau Pinang akan mendapat seorang Ketua Menteri PAS manakala Selangor dan Negeri Sembilan mendapat Menteri Besar PAS selepas pilihan raya negeri pada bulan Ogos?

Adakah Pulau Pinang akan mendapat seorang Ketua Menteri PAS manakala Selangor dan Negeri Sembilan mendapat Menteri Besar PAS selepas pilihan raya negeri pada bulan Ogos?

Perikatan Nasional (PN) dan PAS sedang bekerja keras untuk mencapai objektif ini dan objektif ini perlulah digagalkan.

Presiden PN, Muhyiddin Yassin, telah mengetapikan kerisauan berbangkit yang mengatakan gabungan PN akan memainkan isu-isu berkenaan kaum, agama, dan raja dalam kempen pilihan raya negeri yang akan datang.

Tetapi, siapakah juga yang menuduh kononnya Pulau Pinang telah bertukar menjadi seperti Israel dan kononnya azan menggunakan pembesar suara telah diharamkan di Pulau Pinang?

Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, dan Sultan Selangor, Sultan Kedah, dan Sultan Terengganu semuanya telah menzahirkan keperluan untuk adanya pilihan raya yang bersih di enam negeri dan kepentingan untuk kestabilan politik dan perpaduan nasional di Malaysia.

Atas sebab ini, saya puji Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail kerana meminta Ketua Polis Negara yang baru, Razarudin Husain, dan Timbalan Ketua Polis Negara yang baru, Ayob Khan Mydin Pitchay, untuk menumpukan usaha dalam mengatasi masalah ucapan kebencian yang menyentuh isu-isu perkauman, agama, dan raja-raja.

Kepada dua pegawai tertinggi polis yang baru ini, cabaran terbesar mereka buat masa ini adalah untuk memastikan enam pilihan raya negeri yang akan datang ini tidak dicemari oleh penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian.

Adakah semua parti-parti dan calon-calon yang bakal bertanding bersedia untuk mencapai persetujuan untuk satu Kod Etika dalam kempen pilihan raya negeri yang akal datang ini untuk menolak penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian dan bersetuju dengan satu mekanisme di mana penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian ini dapat dibongkar dan dikecam segera?